Posts

Showing posts from September, 2011

Sandiwara, sehingga sanggup Perguna Segalanya!

Sandiwara pilihan raya?Oleh AZNAN BAKAR
aznan.bakar@utusan.com.my SELEPAS berakhirnya sambutan Hari Raya, tumpuan dan perhatian kini tentunya pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Rakyat di segenap peringkat kini mula membuat spekulasi bila ia akan diadakan.Tetapi bila ia akan muncul tiada siapa yang pasti. Yang pasti para pemimpin politik kini mula membuat persiapan rapi. Selain mahu menonjolkan diri, ada juga yang telah memulakan usaha 'menjual' parti supaya menjadi pilihan pada pilihan raya nanti.Sebab itu bukan sesuatu yang mustahil apabila timbul bermacam-macam sandiwara ketika ini dalam usaha meraih sokongan dan simpati pengundi.Yang paling ketara ialah sandiwara antara Pas dan rakan sepakatannya DAP mengenai isu hudud.Setelah sekian lama menyepi, termasuk menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan digantikan dengan negara kebajikan, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba muncul dengan kenyataan tegas bahawa partinya tetap akan melaksanakan hudud.Sudah te…