Posts

Showing posts from March, 2010

Model Ekonomi Baru.

1 April 2010. Jaminan kerajaan tidak akan ada bangsa yang akan dipinggirkan didalam Program Model Ekonomi baru dilihat memberi "jaminan" kepada semua bangsa untuk dibawa bersama didalam pembanggunan negara dalam.

Perdana Menteri memberi jaminan itu semasa melancarkan Model Ekonomi Baru pada dua hari lepas.

Sungai Buluh akan dijadikan Hub baru dan tanah di sekitar Jalan Ampang di tengah-tengah ibu kota yang dimiliki oleh kerajaan akan dibanggunjan oleh pihak swasta untuk memacu pembanggunan ekonomi negara.

Sebelum ini, pihak GLC yang memiliki tanah anugerah kerajaan pun tidak dapat membawa semangat perkongsian ekonomi dimana kebanyakkan mereka mahukan keuntungan yang besar tanpa melihat kemampuan sesebuah bangsa, lantas bangsa yang mudur akan tetap mundur oleh disebabkan GLC tidak faham akan tanggunjawab mereka.

Apabila penglibatan pihak swasta secara terus dijalankan didalam Model Ekonomi Baru, Pemuda Seputeh khuatir apabila pembanggunan berpaksikan keuntungan akan memingirkan l…

GLC tak paham perancangan...

Pendedahan oleh Pisau.net berkenaan tanah yang dimiliki oleh TNB dijual kepada YTL untuk dibangunkan menunjukkan GLC masih lagi tidak dapat memahami kenapa orang Melayu hari ini semakin terpingggir di Bandar.

Tahun lepas, di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, usul "MENDESAK AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG MENDAPAT TANAH DARI DBKL ATAU KERAJAAN UNTUK MEMBANGUNKAN PERUMAHAN KOS RENDAH/SEDERHANA/MEWAH DAN LOT-LOT KEDAI AGAR MEMIKIRKAN KEPENTINGAN DEMOGRAFI ORANG-ORANG MELAYU DI BANDAR."

Usul ini telah dibangkitkan atas kesedaran daripada kemiskinan bandar yang semakin meruncing dan melihat Melayu semakin terpinggir dan tidak mendapat tempat di dalam bandar.

Pendedahan Tanah KTM diambil oleh YTL...

Tanah KTM Di Ambil; Melayu dan Umno Bodohkan Diri Atau Diperbodohkan Filed Under ( , ) by pisau.net Kerajaan terpaksa membayar RM37juta untuk tanah KTM seluas 94.5 hektar untuk pampasan penduduk di Kuala Sepetang yang kebanyakannya adalah berbangs…

Tarif elektrik perlu dikaji

Image
27 Feb - (SINAR HARIAN) SALAK SELATAN - Isu kenaikan tarif elektrik yang dijangka akan dibincangkan di peringkat Kabinet diharap tidak membebankan rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, rakyat kini sudah menanggung beban akibat pelbagai kenaikan dan yang terbaru, kenaikan harga gula dan kini, tarif elektrik.

“Saya amat berharap kajian segera dan mendalam dapat dibuat agar sebarang kenaikan kelak tidak akan membebankan rakyat. “Selain itu, kerajaan perlu semak semula perjanjian bersama Independent Power Producers (IPP) kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai bahan api yang mencukupi dan kita tidak memerlukan IPP,” katanya. Beliau berkata, isu IPP ini juga dibangkitkan dalam Mesyuarat Agong UMNO yang lalu, namun masih lagi tiada jalan penyelesaiannya.

Katanya, kerajaan harus menyemak semula semua perjanjian tersebut demi kepentingan rakyat. Oleh sebab itu, Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh menentang sekeras kerasnya sebarang kenaikan harga tarif elektrik …

Hari ini .......

Hari ini, aku berjuang,
Berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah air,

Hari ini, juga aku berjuang,
Berjuanglah demi anak, bini dan keluarga.

Hari ini, aku terus berjuang,
Demi Maruah dan Harga diri,

Dan hari ini, pasti terus berjuang,
Demi mereka yang menindas, mengkhianati dan irihati.

Hari ini, aku akan pastikan terus berjuang,
Demi kerja, rezeki dan sesuap nasi,

Hari ini, aku berjuang... dapatkah aku PERTAHAN ?

Seputeh Juara Bolasepak Piala Ketua Pemuda WP

Image
Sekalung tahniah kepada semua yang telah menganjurkan kejohanan Bolasepak merebut Piala Ketua Pemuda UMNO WP terutama Biro Sukan Pemuda WP yang diketuai oleh saudara Azmi Badaruddin. Kejohanan ini telah diadakan pada 28 Feb 2010 di padang bolasepak PULAPOL.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato Razali Ibrahim dan telah menyaksikan sebanyak 12 pasukan mewakili Bahagian masing-masing.

Dari pertengahan tahun lepas, perancangan dan persediaan telah dibuat oleh semua bahagian-bahagian untuk mempertahankan maruah masing-masing.

Kali ini bukan nasib yang jadi penentu, tetapi skill dan kemahiran yang tinggi telah menentukan juara yang sebenar.

Dari awal lagi Seputeh telah mendapat tentangan dari segi psikology dari segala sudut untuk menjatuh atau melemahkan semangat mereka. Akan tetapi kata-kata semangat dari Ketua pemuda, naib Ketua Pemuda dan juga Pengerusi Sukan ditambah dengan ketua Penerangan telah membuatkan seluruh pasukan Seputeh bersemangat

Perlawanan akhir yang telah menyaksikan …