Posts

Showing posts from May, 2013

Kaum Cina mesti terus agresif!

ISU - ISU AKHBAR CINAPERLU TERUS AGRESIF DEMI KAUM CINA AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Mei 2013 memaparkan tulisan Loh Han Chew melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan meneruskan perjuangan agresif kaum Cina.Pilihan raya umum (PRU) kali ini terzahir keadaan yang membanggakan. Masyarakat Cina akhirnya melihat diri mereka sebagai bukan kaum yang dikatakan dingin terhadap politik.Dahulu ada yang kata orang Cina hanya pandai cari duit, tidak berminat, dingin terhadap politik dan dingin membuang undi di musim pilihan raya. Tetapi daripada keputusan PRU kali ini, rupa-rupanya sebelum ini orang Cina rasa kecewa terhadap politik, keadaan struktur politik sedia ada serta garis sempadan kawasan yang tidak seimbang.Orang Cina menganggap kalah terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan, sebab itu mereka tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap PRU kerana tidak kira macam mana PRU dilaksanakan, kemenangan tetap akan memihak kepada parti pemerintah. Tiket undi yang ada di tangan tiada…

Salah Melayu kerana terlalu Lembut!

Singapura merupakan satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana bangsa boleh dilenyapkan dari muka buminya sendiri.
Bangsa dan Bahasa hanya menjadi simbol sejarah dan tidak lama lagi sejarah ini juga akan hilang akibat dari perancangan stretegik kaum Cina yang memerintah Negara Singapura.
Taktik mengambil hati Orang Melayu apabila mengambil Yang Dipertua Negara seorang Melayu berjaya meredakan hati sanubari orang melayu ketika Singapura di Perintah oleh parti PAP satu ketika dahulu.
Apa yang kita lihat hari ini, bahasa Melayu hanya lah dijadikan papan tanda di Metro dan bukan lagi sebutan, mereka menggunakan cara ambil hati orang melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu di Kenderaan awam, namum kita tahu hakikatnya, tidak ada Cina yang tahu membaca dan memahami ayat-ayat itu.
Bukan sahaja bahasa Melayu yang sudah ditinggalkan dengan sistematik, namun, bahasa Hindi juga mengalami perkara yang sama, hanya ditulis namum tiada makna.
Orang Cina sememangnya tidak akan bertolak ansur deng…