Posts

Showing posts from May, 2011

Pemuda UMNO Seputeh Desak Menteri Kabinet .....

Image
Posted by Sahabat-Gunung
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mendesak Menteri Kabinet berani untuk membawa perubahan kepada ekonomi orang Melayu bagi memastikan orang Melayu tidak akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan berkata, para Menteri Kabinet seharusnya menjalankan Revolusi Ekonomi Orang Melayu agar kek ekonomi dapat diagihkan dengan adil. 
“Apabila YAB Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyatakan yang beliau akan memberi lesen kepada orang Melayu pada ucapan di Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas, para menteri kabinet seharusnya lebih berani untuk merealisasikannya.
Ada banyak peluang yang belum di diceburi oleh orang-orang Melayu atau diberi peluang kerana perniagaan ini di monopoli oleh orang-orang lain,” ujarnya dalam Ucapan Dasar Ketua Pemuda Dalam Mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Justeru itu, Para Menteri Kabinet seharusnya lebih berani dan lebih peka dengan permintaan YAB Presiden parti untuk merealisasikan agend…

Pemuda UMNO mesti lantang - Mukhriz semasa Perasmian Pemuda UMNO Seputeh

Image
Pergerakan Pemuda Umno perlu bertindak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan bersuara lantang dalam sebarang isu atau permasalahan demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.Beliau berkata biarpun apa yang disuarakan itu akan kedengaran seperti mengkritik kerajaan, namun ia lebih baik daripada kerajaan terpaksa melakukan apa-apa perubahan akibat didesak oleh pembangkang.

“Lebih baik kita usulkan, kita yang duduk di bawah kita lebih tahu. Jangan segan-segan. Kita mesti bertindak sebagai NGO. Bersuara lantang. Sejak bila kita segan-segan?,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh di sini, malam Sabtu ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Umno Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafi.

Mukhriz berkata, walaupun Umno merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional namun Pemuda tidak seharusnya bertindak seolah-olah mereka se…