Monday, March 30, 2009

Bersatulah Kembali

Salam Pejuangan,

Kekalahan adalah adat pertandingan, diantara 3 calon, sudah pasti 2 akan kalah, diantara 65 calon sudah pasti 45 yang kalah. Jesteru itu, anggaplah ianya suatu kuasa Allah yang menentukan, dan kita sebagai manusia hanya sekadar boleh merangcang.

Agenda penyatuan dan kembalikan kepercayaan rakyat perlu kita realitikan. Semua yang bertanding mengikut kem-kem yang berbeza-beza perlu akur dan terima ianya sebagai suatu yang ketentuan olehNYA. Inyallah sekiranya diberkati, akan kita diangkat ke tempat yang sepatutnya.

Sekiranya nama kita telah di tulis di Luh Mahfus, percayalah ianya akan menjadi kenyataan dan sebagai seorang hamba Allah, kita hanya perlu berusaha kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal kita perolehi.

Saya menerima kekalahan ini degan hati yang terbuka, dan saya menyeru juga semua sahabat yang diluar parti dan juga didalam parti untuk menerima dan MESTI kita rapatkan saf kita untuk berperang musuh yang lebih besar, iaitu Pakatan Rakyat.

Musuh orang Melayu dan si Kitol ini perlu kita nyahkan dari arena politik negara. PAS yang bersekongkol dengan DAP perlu kita goyangkan agar orang Melayu didalam PAS sedar dan insaf akan bahana yang akan di berikan oleh Allah sekiranya kita bersengkonkol dengan orang Kafir yang Menghina Agama Islam.

Marilah kita bersama-sama berkerja dan kembalikan keyakinan rakya kepada UMNO, kepada Pemuda UMNO. Kita sebagai Pemuda perlu mempertahankan Institusi ini dengan sebaiknya. Itu merupakan ikrar Calon-calon Ketua Pemuda, dan jadikan ianya realiti.

Bersatulah Kembali.

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Bersidang.

Salam sahabat,

Saya mendoakan agar Perhimpunan Agong yang sedang berjalan diadakan secara telus dan aman.

Sudah semestinya kita merasai kehangatan permilihan kali ini keran ianya melibatkan semua peringkat kecuali beberapa jawatan yang tidak dipertandingkan.

Apapun .. Berdoalah dan mohonlah petunjuk dari yang Maha Esa sekiranya ingin memilih. Insyallay tidak akan salah pilihan kita.

Selamat Bersidang ...

Calon EXCO PPUM 45
Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pergerakkan Pemuda Seputeh.

Wednesday, March 04, 2009

Warisan Bangsa Menaikan Semangat Melayu.

Pemuda Cawangan Panglima Garang telah melancarkan kumpulan kompang Wawasan Bersatu yang dibawa khas dari Tanjung Malim.
Semangat yang ditunjukkan oleh adik-adik kita dari Tanjung Malim ini telah memberikan suntikan semangat bagi generasi muda di Bandar.

Didalam keadaan bangsa Melayu yang tidak dihormati sekaran, kebudayaan dan warisan memainkan peranan yang penting untuk menaikkan dan menanam semangat jati diri kemelayuan ke setiap diri anak-anak Melayu.


Usaha Ketua Pemuda Cawangan(AJK Pemuda Bahagian), Kassim didalam menghidupkan warisan bangsa ini diharap akan diikuti oleh semua lapisan pemimpin di peringkat cawangan.

Sekiranya kita dapat menanamkan dan menyuburkan kembali semangat Kesultanan Melayu, Insyallah tidak akan ada bangsa lain yang berani untuk menghina Raja dan Sultan.

Insyallah anak-anak Melayu akan keluar beramai-ramai untuk membantah siapa sahaja yang menderhaka kepada Sultan.
Kecewa apa yang terjadi pada hari ini setelah melihat tidak ada kumpulan besar yang mengumpulkan berpuluh ribu orang melayu walaupun Sultan dan Raja kita sudah dipijak dan dihina.

Orang Melayu hari ini sudah lupa akan benteng terakhir dan orang Melayu pada hari ini sudah lupa tentang kedaulatan kepada Raja.

Diharapkan agar aktiviti warisan bangsa kita seperti Silat, Kompang, Zapin, Takraw dan juga lain-lain dapat disemai agar kita dapat menghayati kembali Daulat Raja-Raja.

Dan suatu hari nanti, Insyallah kita akan mengumpulkan kembali Panglima-panglima perang Melayu secara langsung memberi amaran kepada mereka yang Menghina dan mahu menghapuskan Kerajaan Beraja.

Tuesday, March 03, 2009

Pakatan Rakyat Menghina Sultan Lagi.

Tindakan Sepeker Dewan Undangan Negeri Perak mengadakan persidangan di bawah pokok merupakan satu tindakan yang kurang akal dan ketingalan zaman.

Pakatan Rakyat yang sememangnya dilihat senantiasa mencari populariti dan simpati sanggup berbuat apa sahaja demi untuk menangkis keputusan Sultan.

Kerugian sudah pasti dipihak Rakyat. Rakyat Perak akan mengalami kelembapan pembanggunan.

Derhaka kepada Sultan sudah menjadi kebiasaan kepada Pakatan Rakyat. Anwar yang merupakan si kitol zaman moden merupakan master mind di belakang segala perancangan ini.

ADUN-ADUN Melayu mewakili Pakatan Rakyat selalu dijadikan alat bagi Anwar agar mereka ini boleh berbuat apa sahaja walaupun sanggup menderhak kepada Sultan.

Orang Melayu Menderhaka Kepada Sultan .. siapa yang salah ?

Monday, March 02, 2009

No 45 ..

Salam Sahabat semua,

Kerana kesibukan berkempen, saya tidak mempunyai kesempatan untuk menulis.

Walau bagaimanapun Pemuda Seputeh telah menjalankan beberapa desakan diatas kebiadapan Karpal Singh.

Pemuda Seputeh juga telah mengeluarkan Keris memberi amaran kepada Pengkianat Negara itu. Dan insyallah, kawan akan update secara detail dan berita-berita sekiranya berkesempatan.

22 Hari menentukan kepimpnan semua peringkat didalam UMNO. Lihat sahaja nanti siapakah yang akan ditabalkan sebagai pemipin.

Walau siapapun, UMNO mesti bersatu selepas itu. dan fokus kepada penyatuan dan kekuatan parti.
Doakan kejayaan saya.... No Calon 45.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...