Posts

Showing posts from December, 2009

Tahun Baru Yang Penuh Mencabar.

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Tahun 2010 yang bakal menjelma merupakan tahun yang penuh ranjau dan cabaran bagi semua parti di Malaysia. Dijangkakan ini lah tahun yang akan menentukan siapakah yang akan dapat memikat hati rakyat.

Sebagai orang UMNO, sudah tentu cabaran ini akan kami hadapi dengan penuh rasa rendah diri agar kami semua tidak ALPA dengan kestabilan Negara yang kita sendiri tidak tahu apakah sebenarnya yang bakal akan terjadi.

Tahun 2010 merupakan Tahun UMNO Juara Rakyat, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Dengan slogan ini, marilah kita menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT agar perancangan program yang bakal dilakukan sepanjang tahun depan berjalan dengan baik dan sempurna.

Mendaftar Generasi Muda sebagai Pengundi merupakan gerak utama Pemuda Seputeh Tahun Ini. Segala program yang akan dijalankan MESTI melibatkan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih agar kita dapat kembali kepada REALITI Politik - Untuk Memenangi Pilihanraya dan seterusnya dapat kita Membel…

PAS hilang keyakinan penyokong.

Penyokong PAS telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan prinsip yang di perjuangkan oleh PAS selama ini. Ini berikutan daripada demontrasi yang dijalankan oleh GKPPNS di hadapan Pejabat Perhubungan Negeri PAS Selangor baru-baru ini.

Rakyat sudah sedar, drama dan sandiwara yang sedang dilakukan oleh kepimpinan PAS sedia ada sering bertolak ansur dengan Pakatan Pembangkang untuk terus berada di bawah pengaruh Pakatan Pembangkang yang mabukkan kuasa Politik.

PAS kene sedar, penyokong parti akan tetap menyokong kita sekiranya kita teguh berpegang terhadap perlembagaan dan prinsip parti yang kita perjuangkan, tidak kiralah parti mana, Penyokong tidak akan bertolak ansur dengan Pemimpin yang tidak mempunyai Prinsip.

PAS sudah hilang kredibilitinya kerana sanggup berkompromi dengan DAP dan PKR yang sering kali dilihat bercangah dengan dasar-dasar yang hendak diperjuangkan oleh PAS.

Lihat sahaja Hassan Ali, di tekan dan disiasat dan bakal diambil tindakan oleh PAS Pusat, hanya kerana ingi…

Nik Amalina masuk politik !

Image
Agenda tersusun Politik Anak Beranak Pakatan Pembangkang !!

Kenapa tiba-tiba Nik Amalina dan Nik Abduh begitu popular di Blog masing-masing. Desakan Nik Aziz untuk memastikan tiada calon dari luar bertanding di Kelantan mengiyakan agenda politik tersusun untuk anak-anak beliau diberi laluan mudah untuk bertanding di PRU yang akan datang.

Seperti Anwar meletakkan anak beliau Nurul Izah sebagai MP, Karpal Singh meletakkan anak beliau Gopal, Lim kit Siang pula meletakkan Lim Guang Eng, sudah tentu Nik Aziz akan meletakkan sama anak beliau untuk menjadi pemimpin di peringkat Parlimen/ADUN.

Lain sikit dengan Nik Aziz yang mana beliau merencanakan dua anak beliau untuk dipersembahkan kepada umum untuk dikenali agar mudah nanti sekiranya dicalonkan untuk bertanding di PRU akan datang.

Rintetan peristiwa Nik Amalina menulis di blog mempertahankan suami dan bapa nya dan juga Nik Abduh yang lantang mengkritik kumpulan yang lagi satu untuk membela bapanya ternyata hanyalah satu sandiwara terancang u…

Hukum Hudud PAS.

Tidak siapa yang menghalang PAS untuk menjalankan hukum Hudud di Kelantan dan Kedah. Dua Negeri ini telah diperintah oleh PAS, dan kita sebagai orang Islam seharusnya menyokong tindakan yang positif untuk menjalankan undang-undang Allah.

Sudah masanya PAS menunjukkan contoh menjalankan hukum Hudud di 2 Negeri yang diperintah oleh mereka.

Pertama sekali, PAS boleh mencadangkan ditulis didalam undang-undang Negeri "Negeri Kelantan dan Kedah sebagai Negeri Islam".

Ini merupakan perkara yang amat mudah dan seharusnya dibuat dahulu sekiranya betul tindakan mereka untuk memperjuangkan Agama.

Selepas itu, barulah kita boleh menceritakan untuk mengubah undang-undang Syariah Negeri untuk menjalankan Hudud di Negeri Kelantan dan Kedah.

Untuk tidak mengelirukan dan menyalahkan Kerajaan Pusat, saya mencadangkan Kerajaan Pusat memberi surat TIADA Halangan untuk kerajaan negeri Mengubal Undang-undang Islam walaupun ianya sebenarnya kuasa Kerajaan Negeri.

Rakyat perlu dimaklumkan dan diberitahu …

Nga Kor Ming yang kurang ajar !!

Satu kenyataan untuk membangkitkan sentimen api agama dan perkauman telah di tiup oleh Pengkhianat Negara Nga Kor Ming.

Beliau telah menjadikan ruang media di Parlimen untuk menghina agama islam dan kuasa raja-raja dengan mempersoalkan dana pembinaan Masjid di seluruh Negara.

Beliau ini seharusnya dibuang dan dilucutkan kewarganegaraan beliau. Saya melalui PRIBUMI Perkasa telah membuat laporan polis dan mendesak beliau memohon maaf diatas kenyataan yang menghina Agama Islam sebagai agama Rasmi.

Oleh itu, saya mendesak agar semua orang islam terutamanya yang muda untuk bersama-sama berkumpul dan mengerakkan semua semangat dan kederat kita untuk berdemontrasi dan menghantar memorundum kepada beliau pada MINGGU Depan.

Ayuh .. kita gerakkan bara yang telah dinyalakan oleh beliau, ayuh kita tunjukkan kepada Pengkhianat ini bahawa, JANGAN PERSOAL HAK AGAMA ISLAM .. JANGAN DIUSIK HAK RAJA-RAJA ...

Sebanyak 6 desakan dibuat kepada pengkhianat ini :-

1. Mendesak beliau untuk memohon ampun dari DYMM …