Posts

Showing posts from September, 2013

Anak Muda akan terus dibela penggal 2013-2016

Image
Ucapan Terima Kasih 
Assalamualaikum
Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya  dan senantiasa memberi dorongan kepada Jawatan Kuasa Pemuda Bahagian. Pada tahun ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mencipta sejarah apabila semua jawatan di peringkat Pemuda Bahagian di isi kembali tanpa dipertandingkan.
Berkat daripada usaha dan kerja keras seluruh Jawatan Kuasa yang di ketuai oleh Saudara Badrul Ezan selaku Naib Ketua Pemuda, hasilnya dapat di lihat oleh semua peringkat. Tanpa semangat yang IKHLAS bekerja untuk parti, ianya mustahil dapat di terjemahkan dengan keputusan permilihan kali ini.
Kami berterima kasih kepada Kepimpinan Bahagian yang diketuai oleh Ybhg Datuk Mustapa Kamal selaku Ketua UMNO Bahagian dibantu oleh Datuk A Rahim Aman dan Datuk Mariam Minhat dan Jawatankuasa Bahagian yang tidak pernah jemu dan senantiasa memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program sehingga segala tanggunjawab dapat disempurnaka…

Jangan hanya Ghairah pikir jawatan!

Image
Dalam kesibukan Parti Terbesar Negara iaitu UMNO di musim permilihan ini, jangan kita terlupa akan perjuangan isu/Usul yang harus kita bawa kepada mesyuarat Agung yang akan datang agar intipati perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan Agama dapat terus harum dalam perjuangan UMNO. Jangan biarkan keghairahan kita mengejar jawatan sehingga terlupa asas perjuangan.Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sudah habis  mesyuarat Pemuda cawangan-cawangan pada 7hb September,1 minggu awal dari tarikh yang ditetapkan, ini adalah kerana kami mempunyai program yang besar untuk dilancarkan pada 14hb September iaitu perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh. Menyedari keputusan pada Pilihanraya ke 13, Seputeh telah mengalami satu Thusanami Cina yang membawa kepada menolakan secara total orang cina kepada parti BN. Kita buatlah apa program sekalipun, seolah-olah mereka melayan BN seumpama tidak berbudi dan bersalah besar kepada bangsa mereka.Di peringkat Pemuda Cawangan, kami sudah membawa usul agar Bahas…