Posts

Showing posts from August, 2014

. #Merdeka57 Disini lahirnya sebuah Cinta .. Disini juga janji terlaksana ... Negaraku Tiada Ganti..

Image
4 Perkara asas apabila kita memberikan Kerakyatan kepada rakan-rakan kita ... 
1. Agama Islam Agama Persekutuan 2. Raja Raja Melayu. 3. Bahasa Melayu Bahasa Rasmi 4. Keistimewaan Melayu/Bumiputera
Kita Sudah menunaikan janji kita pada 57 Tahun yang lalu .. semaikan didalam diri agar janji ini tidak menjadi virus perpecahan di antara rakyat Malaysia.
Disini lahirnya sebuah Cinta .. Disini juga janji terlaksana ... Negaraku Tiada Ganti..

Usul Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2014

Image
17 Ogos 2014 8.00 Malam Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Taman Danau Desa
Kami Pergerakan Pemuda UMNO telah membawa beberapa usul di dalam Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh yang mana usul ini mendesak dan menyeru beberapa perkara yang harus diberi perhatian khusus dan dibawa ke peingkat yang lebih tinggi.
Usul tersebut merangkumi usul pendidikan, politik, agama dan ekonomi seperti di bawah:
Pendidikan
1) Menyokong kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim iaitu menghentikan Sekolah  Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) agar perpaduan nasional dapat dicapai dan negara bergerak ke arah satu teras iaitu pendidikan tunggal.
2) Mewajibkan pelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di semua SRK dan SMK bagi mengeratkan lagi hubungan kaum serta komunikasi agar pelajar akan berdisiplin dan menghormati bahasa dan peradaban kaum masing-masing apabila dewasa kelak. 
Politik
1. Meminta Kuota 30% untuk anak muda di Dalam GLC dan Calon PRU14.
2. Mengembalikan semu…

@najibrazak digesa Tukar Peguam Negara!

Image
KENYATAAN MEDIA2 Ogos 2014
Apa Istimewanya Kelvin Yip Berbanding Kiki & Ustaz Shahul?
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina bernama Kelvin Yip di laman Facebook seperti nama yang sama secara terang-terangan telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.
Pergerakan Pemuda UMMO Wilayah Persekutuan (PPUWP) memandang serius perkara ini kerana telah semakin berleluasa dan terbukti sejak kebelakangan ini sebilangan orang Cina berjiwa Pembangkang telah semakin biadap tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain terutama Islam di negara ini.
Lebih mengejutkan juga adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan 'selective prosecution' apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai 'samseng jalanan' terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki.
Tanpa ada laporan Polis, beliau disiasat dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan dikehendaki melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Siasatan, pendakwaan dan hukuman yang dija…