Posts

Showing posts from October, 2007

Kemana hilang kredibiliti Para Pemimpin UMNO

Oleh Mohd Razlan

Selamat Hari Raya dan Maaf sekiranya ada arkikel didalam blog ini menyingung perasaan sesiapa sahaja, saya sebagai umat biasa yang tidak lari dari kesilapan dan percayalah semua yang tertulis di dalam ini tidak mempunyai maksud tertentu selain ingin melihat Melayu masih tidak lari dari landasan perjuangan bangsa.

Semasa saya menulis artikel ini, saya baru kembali dari Jamuan Rumah Terbuka UMNO Bahagian Bandar Tun Razak(BTR), suasana disana meriah, lengkap dengan pancaragam dan karaoke.

Setiba dipintu Pintu Pagar Pusat Belia Cheras, dilihat Ketua Pemuda Bahagian BTR bersama-sama dengan Ketua Pemuda Bahagian Segambut sedang duduk rancak bercerita, mungkin keletihan menyambut tetamu dari petang, saya pun terus pergi mengenalkan diri dan bersalaman dengan mereka, "Terima kasih kerana datang" ucap Rizalman(Ketua Pemuda BTR).
Disudut diri tepi pintu masuk dewan, terlihat Abang Zaharin bersama-sama dengan AJK Pemuda UMNO dan segelintir AJK Pemuda dari Bahagian-bahagia…

Jangan jadikan Aidilfitri karnival perayaan

Oleh Mohd Razlan (Utusan keluaran 9 Oct 2007)

BEBERAPA hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Segala persiapan semakin rancak untuk menyambut hari lebaran. Apa yang saya kesali, hari lebaran yang sepatutnya kita sambut dalam suasana yang sederhana telah menjadi satu keraian yang keterlaluan.Memang benar agama menyuruh kita menyambut Hari Raya sebagai tanda kemenangan mengharungi ibadah bulan Ramadan tetapi Islam melarang untuk menyambutnya secara berlebih-lebihan sehinggakan membawa kepada pembaziran.Di pusat membeli-belah sentiasa sesak dengan pengunjung, kaum ibu sibuk memilih pakaian, langsir dan berbagai-bagai yang baru. Kedai perabot juga mendapat sambutan.Jika boleh semua perkakasan dalam rumah akan ditukarkan kepada yang serba baru.Berbelanja berlebihan seperti ini sudah tentunya mengundang pembaziran.Bagi mereka yang tidak berkemampuan perkara ini akan menjadi beban besar. Ini disebabkan sikap masyarakat kita yang secara tidak langsung memaksa suasana Hari Ra…