Posts

Showing posts from January, 2010

Tahniah Datuk Ketua Bahagian

Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh,

Mengucapkan Tahniah kepada Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusof, Ketua Bahagian UMNO Seputeh, kerana dikurniakan
Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Sempena hari Wilayah yang ke 36 Tahun.

Mahasiswa harus Matang !

Minggu lepas menyaksikan pemilihan Kampus telah berlangsung di IPTA-IPTA di seluruh negara, Pihak Kampus telah memilih untuk melaksanakan permilihan secara Elektronik.

Undian secara Elektronik telah dibantah oleh Pro-Mahasiswa, pemikiran Negatif dan Tidak Percaya telah menyelubungi Pelajar Kampus yang sepatutnya menerima kemajuan dan berpikiran terbuka dan matang.

Oleh itu, beberapa siri bantahan telah dilakukan dan perarakan di Kampus telah diadakan akibat dari kekalahan Pro-Mahasiswa di Universiti Malaya.

Sekiranya model pemikiran yang ada di Mahasiswa ini benar dan nyata, pihak pembangkang telah berjaya mendoktrin pemikiran pelajar ini untuk berfikir secara Negatif sepanjang hidup mereka.

Pemikiran Negatif pelajar-pelajar ini akan mengakibatkan Negara Malaysia dibanjiri oleh mereka yang menolak kemajuan dan akan wujudnya Mahasiswa yang tidak Percaya kepada sistem yang diperkenalkan dan ini akan membantutkan kemajuan yang sepatutnya dipancu oleh mereka pada masa akan datang.

Mahasiswa se…

PAS Mesti bertanggunjawab.

Image
Kalau orang Melayu tidak tahu untuk menghormati Raja Melayu, jangan kita nak salahkan bangsa lain yang tidak hormat Raja Melayu.

Tindakan Bloggers PAS yang menghina Keluarga Diraja Johor dengan melontarkan kata-kata yang kesat dan hina semasa menulis kisah kemangkatan Sultan johor seharusnya di ambil tindakan oleh pihak PAS.

Parti PAS seperti biasa akan megambil jalan selamat untuk menolak untuk mengaku yang bloggers ini adalah blogers PAS.

Tetapi pelayar yang tegar mengikuti kisah-kisah politik amat kenal akan penulisan beliau yang menjadi balaci PAS untuk meletakkan sindrom tidak percaya kepada BN.

Terguris hati ini juga apabila terdapat ada bangsa selain melayu yang menghina kemangkatan Sultan Johor.



Parti PAS seharusnya mengenakan tindakan kepada Penulis ini agar menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan Beliau, berdiam diri merupakan satu tindakan SETUJU akan tindakan bloggers ini menghina kemangkatan Sultan Johor !!

Sultan Johor Mangkat.

Image
TERKINI : 25HB JANUARI 2010, PENULIS ADUKA TARUNA TELAH MENYERAH DIRI, BELIAU MESTI DIKENAKAN TINDAKAN DAN DIHARAP SATU HUKUMAN YANG SETIMPAL DIKENAKAN AKIBAT DARIPADA PENULISAN YANG KURANG AJAR ITU.

POLIS ATAU MAHKAMAH MESTI BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN, JANGAN NANTI MELEPASKAN BELIAU BEGITU SAHAJA SEPERTI BLOGERS RAJA PETRA.


Takziah kepada seluruh keluarga Sultan Johor. Baginda telah mangkat pada jam 7.30 malam. Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Dalam masa seluruh rakyat jelata menatap kesedihan diatas kemangkatan Sultan Johor, PAS telah derhaka dan telah mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar dan derhaka.

Laman web PAS ini telah menghina dan mengkeji keluarga Baginda Sultan dan seluruh rakyat.


http://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html


Pihak berkuasa seharusnya mencari dan mengenakan tindakan kepada Webmaster blogs ini kerana menghina kerabat diraja.

Watikah Sokongan

WATIKAH SOKONGAN KEPADA Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Watikah sokongan dan Memorandum dirangka bagi menyatakan pendirian dan pandangan patek serta sokongan rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong .Ianya dirangka bagi pihak majoriti umat Islam Malaysia dan dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France).Kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong supaya Duli Yang Maha Mulia Tuanku, selaku Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-Raja iaitu Melaka, Pulau P…

Sekitar Bantahan terhadap Herald - Isu Penggunaan Nama Allah

Image