Posts

Showing posts from July, 2017

SPRM - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Image
Ikrar Benteras Rahsuah.
Agensi Sukan Negeri WP adalah yang pertama melaksanakan Ikrar Benteras Rahsuah bersama-sama dengan NGO dan Persatuan Sukan dalam WP.
Ikrar ini adalah untuk menyokong kempen memerangi Rahsuah oleh SPRM bersama dikalangan masyarakat dan agensi sukan di dalam WP.
Sebelum majlis ikrar ini diadakan, kursus pentadbiran bantuan Sukan dijalankan bagi memberi ilmu bagaimana sesebuah persatuan itu dijalankan dengan penuh amanah.
SPRM juga memaklumkan bahawasanya sebuah Persatuan atau NGO adalah terletak didalam peraturan Badan Awam, iaitu tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan.
Diharapkan agar semua yang terlibat dapat memahami dan sama-sama menjaga kepentingan kerajaan dan akhirnya rakyat keseluruhan akan mendapat manfaat dari setiap dana yang disalurkan.
Razlan Rafii

Pemuda Armada Tidak Beradap

Image
Tindakan Pemuda Umno menghalang sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) semalam yang mahu menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertujuan menjaga maruah dan imej parti mereka, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii hari ini.
Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengelakkan "kejadian Adam Adli" - merujuk kepada tindakan aktivis bekas pelajar yang menurunkan bendera dengan imej Najib, di luar ibu pejabat Umno semasa bantahan menuntut kebebasan akademik lebih luas pada Disember 2011.“Kita faham mereka serpihan ahli Umno yang telah tersesat jauh dan tersilap langkah. Mereka mungkin rindukan PWTC.
“Jadi perasaan mereka itu membuak-buak nak pijak PWTC, namun apakan daya.
“Kita Pemuda Umno, takkan selangkah berundur ke belakang mempertahankan agama, parti dan tanah air,” kata Razlan pada sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
“Cukuplah sekali Adam Adli bertindak biadap menurunk…

Zaman sudah berubah!!

Image
Kalau bersabung, pastikan menang, jangan kita menang sorak kampung tergadai.
Maruah Presiden tidak pernah kami abaikan, senantiasa menjadi keutamaan untuk kami pertahankan.
Ingin maklum kepada YB Datuk Seri Tajuddin Rahman, sejarah tidak pernah menipu dimana pernah satu ketika Presiden Parti di tertawakan dengan lakonan Kangkong, dan dihina di DUN Pulau Pinang, kami Pemuda WP tidak pernah ragu-ragu  merusuh depan bangunan DAP tanpa memikir risiko yang bakal diterima demi parti keramat. 
Dan begitu juga pernah maruah Agama kami di tertawakan, kami tidak berpeluk tubuh melihat ianya berlalu begitu sahaja. Kami bangkit bantah dan bantah setiap kali isu agama diperlekehkan.
Bukan itu sahaja yang telah dilakukan, malah setiap kali ada pertembungan penghinaan terhadap Pemimpin parti, tidak ada erti peluk tubuh dari Pemuda UMNO. Kami sekali lagi bangkit dan pertahankan.
Cuma nak ingatkan juga kepada Pemimpin Parti yang seangkatan, tengok anak-anak muda ini ibarat anak sendiri, beri mereka peranan…