Monday, July 03, 2017

Zaman sudah berubah!!

 

Kalau bersabung, pastikan menang, jangan kita menang sorak kampung tergadai.

Maruah Presiden tidak pernah kami abaikan, senantiasa menjadi keutamaan untuk kami pertahankan.

Ingin maklum kepada YB Datuk Seri Tajuddin Rahman, sejarah tidak pernah menipu dimana pernah satu ketika Presiden Parti di tertawakan dengan lakonan Kangkong, dan dihina di DUN Pulau Pinang, kami Pemuda WP tidak pernah ragu-ragu  merusuh depan bangunan DAP tanpa memikir risiko yang bakal diterima demi parti keramat. 

Dan begitu juga pernah maruah Agama kami di tertawakan, kami tidak berpeluk tubuh melihat ianya berlalu begitu sahaja. Kami bangkit bantah dan bantah setiap kali isu agama diperlekehkan.

Bukan itu sahaja yang telah dilakukan, malah setiap kali ada pertembungan penghinaan terhadap Pemimpin parti, tidak ada erti peluk tubuh dari Pemuda UMNO. Kami sekali lagi bangkit dan pertahankan.

Cuma nak ingatkan juga kepada Pemimpin Parti yang seangkatan, tengok anak-anak muda ini ibarat anak sendiri, beri mereka peranan, beri mereka tanggungjawab. Jangan sampai bertongkat masih lagi mahu jawatan.

Anak muda hari ini bukan hanya cukup apabila diperjuangkan hak mereka dengan kata-kata, anak mudah hari ini nak melihat hasil, nak melihat pemimpin Muda mereka selesaikan masalah dan menjadi jambatan kepada permintaan dan kehendak zaman ini.

Zaman dan pendekatan sudah berubah; dahulu kita beri Bola sepak, beri net takraw ataupun buku tangkis, sudah cukup untuk mengamit sokongan mereka, zaman sekarang, pemimpin Muda kena perjuangankan Perumahan, Pekerjaan, pembelajaran dan macam-macam lagi.

Sayugia; DNA Pemuda juga berubah mengikut peredaran masa dan aspirasi golongan tanpa meninggalkan DNA hakiki pemuda yang sedia menjadi anak jantan dan barisan hadapan dalam mempertahankan institusi UMNO. 

DNA baru pemuda lebih luas peranannya yang sekarang ini menjadi platform permudahcara; pencetus idea; pemangkin tindakan untuk kepentingan generasi muda.

Lihat sahaja dari sudut penyelesaian untuk Generasi Muda, ini bukan zaman syok cakap tapi bahana yang datang tanpa kita sedar.

Oleh itu, saya nak ingatkan kepada Pemimpin semua, sudah masa beri peluang dan tanggunjawab serta peranan ini kepada Orang Muda, ni dah dekat nak PRU, pikir macam mana nak angkat mereka seperti mana bapa-bapa pemimpin terdahulu buat kepada anda semua.

Sekian,

Datuk Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO WP
2 July 2017.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...