Thursday, June 08, 2017

Subsidi : Malaysia Vs Indonesia

 


Siapa yang pernah ke Indonesia, mesti pernah melihat Gambar Gas ini. 


Ini adalah Gas Subsidi untuk rakyat Indonesia, seberat 3 Kg untuk setiap keluarga yang memerlukan di Indonesia.


Harga setiap satu Gas ini sekitar RM7 untuk 3 KG. Dan setiap keluarga hanya akan menerima 1 atau 2 tong untuk 1 bulan.


Ianya berbeza skim Subsidi di Malaysia. Kita ada Gas yang beratnya 14Kg dan harganya hanya RM28. Malah setiap keluarga yang habis guna, boleh membelinya sebanyak mana yang mereka mahu setiap bulan.


Di Indonesia, Gas ini hanya untuk kegunaan rakyat dan bukan kegunaan Komersial, namun di Malaysia, kedai Mamak, mak cik goreng pisang, restaurant Cina, restaurant Melayu, mungkin banyak kedai-kedai makan mengunakan Gas ini secara berleluasa tanpa ada had dan rasa segan silu, malah tidak ada pulak penguatkuasa yang berani terjah mereka, luasnya ketirisan penggunaan subsidi.


Dengar cerita, Di Indonesia tidak lagi akan memberi Gas Subsidi ini kerana mahu mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. Rakyat Indonesia terus berdiam dan terkelu tidak tahu arah mana nak mengadu.


Rakan saya di Indonesia bertanya berkenaan Gas ini, dan kita berkira-kira, banyak juga perbezaan setiap keluarga Malaysia yang menikmati subsidi ini sekira dibanding dengan Indonesia. Beliau pun berkata "Untung rakyat Malaysia"


1. Adakah layak Peniaga menggunakan Gas Subsidi di Malaysian ? Sekira tidak, adakah penguatkuasaan perlu di ambil kepada mereka yang salah guna gas ini?


2. Sekira penguat kuasa mengambil tindakan kepada Peniaga, dan peniaga mengunakan alasan untuk meningkatkan harga, apakah amarah ditujukan kembali kepada Kerajaan?


Apapun, pandangan saya, Malaysia begitu cukup berhati-hati dalam menguruskan perihal subsidi sehingga pihak Komersial meraih untung darinya.


Razlan Rafii

Saturday, June 03, 2017

Marathon Ramadhan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Sebanyak 15 Surau dan 2 Masjid menerima sumbangan dari Pemuda UMNO Bhgn Seputeh. 

Jelajah Ramadhan ini merupakan acara tahunan yang diadakan semenjak 3 tahun yang lalu.

 

Program bermula dengan masakan bubur Lambuk di Masjid Al Muhsinin Taman Desa.

Sumbangan seperti Beras, gula, bawang, ubi kentang dan lain-lain.

Jelajah ini dibahagikan kepada 3 kumpulan membawa barangan makanan serta bubur lambuk.
 
Sebanyak 3 bazaar ramadhan sekitar Seputeh juga menerima masakan bubur lambuk yang di edarkan sebelum berbuka.
 
Bomba Taman Desa dan Balai Polis Seri Petaling juga menerima sumbangan Bubur Lambuk.

Program ini diketuai oleh Ybhg Datuk Mohd Razlan Rafii Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh.

 
    

Thursday, June 01, 2017

Banga dengan Kru MAS

 Penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur, yang terpaksa berpatah balik ke Melbourne kelmarin selepas seorang lelaki cuba menceroboh kokpit dan mendakwa mempunyai bom, memuji kru kabin pesawat itu dalam menangani detik cemas ketika di udara.

 

Susulan insiden mencemaskan itu, lebih 100 penumpang yang menaiki pesawat dengan kod penerbangan MH128D, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.43 pagi ini.

Rabu lepas, pesawat MH128 yang berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne pada jam 1.11 malam waktu Australia dan dijadual tiba di KLIA pada jam 5.28 pagi waktu Malaysia, terpaksa berpatah balik 30 minit kemudian selepas seorang penumpang mendakwa memilik bom.Lelaki warga Sri Lanka, yang dipercayai menghadapi masalah kesihatan mental, bagaimanapun berjaya ditumpaskan oleh beberapa penumpang serta merebahkannya ke lantai dan mengikat tangan suspek.


Ketibaan penumpang itu 'disambut' lebih 50 wartawan dan jurugambar di balai ketibaan KLIA untuk mendengar pengalaman dan detik cemas yang dilalui oleh mereka sebelum petugas MAS mengiringi mereka untuk menaiki bas sebelum dibawa ke sebuah hotel berdekatan.

Salah seorang penumpang, Oliver Speed, 25, memuji kru kabin MAS yang disifatkan telah bertindak dengan cukup pantas dalam insiden itu yang berlaku beberapa minit selepas pesawat itu berlepas.

"Saya duduk di barisan depan dan cemas apabila melihat kekecohan tersebut. Tetapi saya tahu semuanya akan berakhir dengan baik. Kru kabin berindak dengan cemerlang," kata pelajar itu kepada pemberita sejurus tiba di sini.

Berkongsi pendapat sama, seorang lagi penumpang, Emerson Tan, 41, dari London, yang sering menggunakan Malaysia Airlines, berkata syarikat penerbangan itu telah melakukan tugas yang baik dalam keadaan sedemikian.

"Saya tidak fikir kejadian itu benar-benar menjadi tanggungjawab syarikat penerbangan itu atau kesalahan pihak berkuasa Australia,"katanya.

Dalam pada itu, Ang Teck Huat, 56, menyifatkan drama itu berlaku 'di tempat dan waktu yang silap' dan menjejaskan kira-kira 300 penumpang dalam pesawat.

Ang, yang berkunjung ke Melbourne untuk melawat anak-anaknya, berkata beliau tidak percaya dengan dakwaan ancaman bom kerana tahap pemeriksaan keselamatan di lapangan itu adalah sangat ketat.

"Anda tidak sama sekali dapat membawa masuk pisau yang kecil... malah ini pulak bom," katanya.

Selepas pesawat itu berpatah balik ke Melbourne, semua penumpang diberikan penginapan di hotel untuk bermalam sebelum penerbangan itu dijadual semula selepas 17 jam manakala penumpang dengan perjalanan sambungan seterusnya diberi keutamaan meninggalkan negara itu dengan pilihan menggunakan syarikat lain.

Media melaporkan suspek berusia 25 tahun, yang merupakan seorang penuntut jurusan sajian makanan itu baru sahaja keluar dari sebuah pusat psikiatri di, Clayton, Melbourne beberapa jam sebelum menaiki penerbangan tersebut.

- Bernama
 


Subsidi : Malaysia Vs Indonesia

  Siapa yang pernah ke Indonesia, mesti pernah melihat Gambar Gas ini.  Ini adalah Gas Subsidi untuk rakyat Indonesia, seberat 3 Kg untuk ...