Posts

Showing posts from September, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya.

Image
Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya Aidil
Fitri kepada semua Muslimin dan Muslimat terutama Ahli-ahli UMNO
Seputeh.

Jadikanlah bulan SYAWAL ini untuk kita menyusun sepuluh jari dengan
ikhlas untuk merapatkan persahabatan kita sebagai seorang ISLAM.

Jangan lah kita menjadikan ego kita menghalang dari kita berbaik-baik
dengan musuh kita, sekiranya kita masih lagi memikirkan kepentingan
kelompok kecil lebih dari kepentingan masyarakat setempat, percayalah
tidak akan mendapat kebaikkan daripada setiap tindakan kita, kerana
ianya akan menjadikan kita orang yang berkepentingan.

Politik merupakan sokongan dan kepercayaan, dan kepercayaan merupakan
satu kaedah untuk memastikan kita tidak di tikam dari belakang. Ini
asam garam politik, akan tetapi ianya tidak akan menghalanag kita dari
berbuat kebaikkan dan berusaha kearah penyatuan yang menyeluruh
dikalangan kita di SEPUTEH.

Setiap pergerakkan kita akan diperhatikan oleh Masyarakat setempat,
dan di masa akan datang merekalah yang …

Program JOM KACAU DODOL.

Image
Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan menganjurkan program JOM KACAU DODOL pada 10 September 2009, jam 3.00pm di Blok 1 KEP, Kuchai Lama.
Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian bersama dengan Biro Pendaftaran Keahlian Pemuda Bahagian.
Dodol merupakan kuih tradisi turun temurun bangsa Melayu dan program ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada generasi muda bandar bagaimana untuk membuat dodol.
Selain dari itu, untuk menyiapkan dodol, semangat gotong royong mesti ada agar dodol masak dengan baik. Sekiranya dodol tidak di kacau setiap masa, kuih ini tidak akan masak sempurna.
Program ini dijangkakan akan tamat pada jam 10.00pm dan akan disempurnakan oleh Saudara Hishamuddin Yahya (Exco PPUM) dan Ketua Bahagian Seputeh bersama dengan Ketua Pemuda Bahagian.

PKR Selangor Tipu Orang Miskin.

Semakin hari semakin terbuka cerita macam-macam perihalnya pentadbiran Pembangkang di Negeri Selangor.

Golongan miskin yang seharusnya diberikan pembelaan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah telah di ketepikan oleh kerajaan PKR di Selangor.

Oleh disebabkan janji-janji Pilihanraya yang lepas, dan untuk melihatkan Kerajaan PKR dapat menunaikan janji mereka, mereka melaksanakan hanya untuk di paparkan di dada akhbar dan mendapat publisiti murahan, tetapi hakikatnya, janji yang ditunaikan hanya untuk rekod, bukan untuk menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

Hari ini, kerajaan persekutuan meminta kerajaan PKR Pembangkang mengkaji kembali subsidi air yang diberikan kerana orang MISKIN tidak mendapat faedah daripadanya.

Rakyat MISKIN yang kebanyakkan tinggal di rumah pangsa dan setingan tidak dapat menikmati subsidi ini. Pada masa yang sama mereka telah dibebani dengan cadangan kenaikkan harga sewa daripada RM120 kepada RM250 setiap bulan.

Janganlah ditindas lagi golongan miskin kerana mereka …

Semangat API Perkauman Semakin Membara.

Sudah sekian lama kita menikmati keamanan hidup di keliling dengan pelbagai bangsa dan budaya bangsa yang berlainan, hari ini bibit api perkauman semakin membara akibat dari pihak yang tidak bertanggunjawab memainkan isu ini atas kepentingan sesebuah parti politik.

Politik Anwar Ibrahim yang mana kita tahu beliau tidak akan diterima oleh Bangsa Melayu, sering kali menggunkan dan menjual keistimewaan yang tidak dipikirkan oleh bangsa lain untuk memperolehinya akibat dari tamak mendapatkan sokongan.

Terbaru, kejadian yang berlaku di Seksyen 23, yang mana melihatkan bangsa India sudah boleh mempertikaikan azan yang mereka dengar 5 kali setiap hari dan mereka meminta apakah sanggat sekiranya kuil ini di bina di sana.

Persoalanya, bukan Islam mahu menindas kaum lain dari membina rumah agama mereka, tetapi, kita perlu melihat kesusaian tempat dan juga sensitiviti kaum lain disekeliling.

Kerajaan BN telah membina tapak kuil di Seksyen 18 sebelum kerajaan PKR mengambil alih Selangor, tetapi, Raky…