Monday, September 07, 2009

PKR Selangor Tipu Orang Miskin.

Semakin hari semakin terbuka cerita macam-macam perihalnya pentadbiran Pembangkang di Negeri Selangor.

Golongan miskin yang seharusnya diberikan pembelaan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah telah di ketepikan oleh kerajaan PKR di Selangor.

Oleh disebabkan janji-janji Pilihanraya yang lepas, dan untuk melihatkan Kerajaan PKR dapat menunaikan janji mereka, mereka melaksanakan hanya untuk di paparkan di dada akhbar dan mendapat publisiti murahan, tetapi hakikatnya, janji yang ditunaikan hanya untuk rekod, bukan untuk menyelesaikan masalah sebenar rakyat.

Hari ini, kerajaan persekutuan meminta kerajaan PKR Pembangkang mengkaji kembali subsidi air yang diberikan kerana orang MISKIN tidak mendapat faedah daripadanya.

Rakyat MISKIN yang kebanyakkan tinggal di rumah pangsa dan setingan tidak dapat menikmati subsidi ini. Pada masa yang sama mereka telah dibebani dengan cadangan kenaikkan harga sewa daripada RM120 kepada RM250 setiap bulan.

Janganlah ditindas lagi golongan miskin kerana mereka adalah golongan yang amat memerlukan bantuan dan kita seharusnya meneruskan aktiviti ekonomi yang effisien kerana ianya secara keseluruhan akan menaikkan ekonomi per kapita setiap isi rumah.

2 comments:

mack said...

SIAPA KATA ORANG MISKIN TAK DIBANTU ORANG KAMPUNG SEMUA DAPAT AIR PERCUMA KENAPA KERAJAAN PUSAT NAK SEBOK2 JAGALAH KAT SABAH DAN SARAWAK CUKUPLAH. KAT PAHANG PUN SAMA BIL BAYAR AIR TAK ADA JANGAN KACAU RAKYAT SELANGOR LAH TOLONG GO OUT

MR. said...

lain kali nak tulis pakai otak sket! PEmbangkang di negeri selangor tu saper? Bukan BN ker??

KEsian masih lagi tak dapat menerima yg BN tu dah jadi pembangkang di negeri Selangor!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...