Posts

Showing posts from March, 2011

Jijik dan memualkan masyarakat !!!

Hidangan yang memualkan dan jijik!!Pada minggu lepas, negara kita digegarkan dengan kontrovasi baru
berkenaan dengan pendedahan video yang memualkan dan menjijikkan.Para pemain politik mula mempertahankan pihak-pihak yang merasakan
parti mereka betul, spekulasi demi spekulasi yang dibuat dengan
berpaksikan data yang amat sedikit.Pendedahan ini telah membawa kepada andaian yang bukan-bukan. Paling
menjijikan saya, isu porno dihidangkan kepada umum untuk dinilai dan
dibaca.Kes chua soi lek telah mengegarkan negara, satu pendedahan nilai moral
pemimpin politik yang menjijikan yang membawa kepada perletakan
jawatan beliau sebagai Menteri kesihatan.Adakah kes terbaru ini akan diselesaikan dengan cepat ?Apakah implikasi kepada masyarakat kita ?Apakah yang akan diperkatakan oleh anak-anak kita ?Saya merasakan perkara ini seharusnya diselesaikan dengan secepat
mungkin, suruhanjaya diraja harus ditubuhkan secepat mungkin.Semakin lama kita biarkan isu ini dipermainkan, semakin banyak
spekulasi diwujudka…

Nasib keluarga Maulana dibela

Image
Mohd. Razlan Mohamad Rafii (kanan) berbual dengan Maulana Mulok dan isterinya, Noraini Mohamed di kediaman daif keluarga itu yang bakal dirobohkan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. BAGI Maulana Mulok, yang merupakan insan kurang upaya (OKU), hidup di negeri orang tidak semudah yang disangkakan. Kedatangannya dari Keningau, Sabah ke ibu negara tidak menjanjikan kesenangan seperti diimpikan. Dia seterus berkahwin dengan Noraini Mohamed dan dikurniakan enam orang anak berusia antara satu hingga 12 tahun.Kerana kedaifan dan Maulana sendiri kini tidak mempunyai sebarang pekerjaan, mereka sekeluarga hidup merempat di bilik sewaan di sebuah rumah setinggan di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama.Lebih malang lagi rumah tersebut akan dirobohkan oleh syarikat pemaju yang mana Maulana dan keluarga bakal merempat.Berdasarkan aduan orang ramai yang simpati dengan nasib keluarga itu, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, telah bertindak membantu mereka."Keluarga ini mempunyai enam orang anak …

Sekadar berkongsi !!

Siapa makan cili, dia terasa pedas.Itu pepatah yang sering kali dimainkan sekiranya orang itu merasakan
dirinya ada kait mengait dengan perbincangan atau kata-kata.Blogger adalah manusia unit, menulis di ruang nya sendiri. Ada yang
menulis tentang hobi, tentang perjalanan hidup, ada yang menulis
tentang pandangan dan sekadar berkongsi.Kalau kita menulis dan ada yang membaca, itu merupakan kebangaan,
kerana yang di tulis dapat dikongsi bersama.Satu fakta PENIPUAN boleh dianggap BENAR adalah dengan berkata
berulang kali, membawa perkhabaran berulang kali dan menggunkan apa
sahaja ruangan mengulangi kepalsuan.Teknik-teknik ini digunakan oleh pembangkang semasa zaman sebelum PRU
yang ke 12, ternyata teknik ini telah memberikan maklumat palsu kepada
rakyat atas pagar dan banyak kebaikkan yang kerajaan lakukan telah
disalah ertikan sehingga merosotnya undi kepada kerajaan.Hari ini, rakyat telah bangkit dengan kebenaran, kerana mereka telah
dihidangkan dengan fakta-fakta dari pejuang-pejuang blogger p…

Tsunami melanda Jepun 8.9

Tsunami melanda Jepun, dijangkakan akan melanda Sabah dan Labuan termasuk semua wilayah persisir pantai ..

Harap semua dpat berjaga-jaga dan jauhkan diri dari tepi pantai ..

Iktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Cina !

Gendang untuk mengahadapi Pilihanraya sudah dimulakan dari awal tahun lagi, tahap ekonomi sudah baik dan rakyat telah rasa selesa kerana harga getah dan sawit meningkat, dan pada masa yang sama harga minyak kekal walaupun ada peningkatan pada pasaran dunia.

Prinsip rakyat didahulukan telah membawa kemenangan yang besar di Merlimau dan Kerdau, kelombang ini akan terus di bawa kepada PRU Serawak yang sudah hampir tiba.

Dari segi Ekonomi dan Kestabilan, boleh dilihat BN akan menang besar dan mampu untuk mendapat 2/3 mejoriti pada PRU 13 sekiranya dapat menangani isu masalah masyarakat Cina dengan baik.

Masyarakat Cina melalui persatuan Dong Zong telah meminta agar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diberikan bantuan penuh dari kerajaan, mereka meminta agar kerajaan berlaku adil kepada mereka dan memberikan tanah untuk dibina Sekolah-sekolah ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta untuk diiktiraf Sijil Sekolah Menengah Cina, mereka juga meminta untuk bantuan penuh diberikan kepada Sekolah…

Anak Cina India dipaksa baca Quran, kerajaan tidak ambil tindakan !!

Akhbar Nanyang Siang PauTajuk:Disiplin, Undang-Undang, Satu Negara Ada Dua Sistem?
Penulis Loh Hon Chew pengkritik semasaCikgu disiplin mahu kesan degupan jantung murid kena raba dada murid,
seluk kocek kesan telefon bimbit, selepas kes terbongkar, kita sanjung
11 orang pelajar perempuan yang berani tampil ke hadapan membuat
aduan, serta ada dua orang pelajar lelaki yang berani tampil ke
hadapan menjadi saksi, mereka berani dedahkan perangai buas guru
disiplin itu yang meraba ramai pelajar perempuan.Guru itu raba dada mahu tahu degupan jantung adakah dekupan jantung
itu normal, sedangkan doktor sendiri tidak mampu berbuat demikian,
sikap guru disiplin ini cuba ambil kesempatan, tangan cikgu disiplin
ini juga diselukan ke dalam saku pelajar perempuan untuk mencari
telefon bimbit, perkara ini tidak perlu disebut sudah menjadi terang
dan nyata, ia telah memalukan keseluruhan sektor pendidikan, jika ia
tidak dihukum dengan keras, ia tidak akan dapat membersihkan
kewibawaan sektor pendidikan.Pembongkar…

Menulislah dengan penuh prinsip!!

Susulan dari jawapan mereka yang mengkritik Sdr Tun Faisal. Ini lah akibatnya kalau kita menulis hanya dengan dengar-dengar kata orang. ikuti di : sini :

Rumah dah siap, pahat pun berbunyi, itu lah yang terjadi pada UMB yang mana mendapat tentangan dari bloger-bloger yang dianggap macam "top"Saya masih ingat didalam satu program yang menghimpun seramai 400
orang pelayar internet, apabila penceramah berkata " adakah kamu kenal
"xxx" diam semua orang, kejadian itu seingat saya pada tahun lepas,
dan selepas itu, program demi program kita membawa contoh nama-nama
blogger yang pro BN.Naiklah alexa rating beliau dengan sedikit sebanyak dibantu oleh
program program seperti ini.Sekarang, blog seperti mereka dan banyak lagi blog sudah mendapat
tempat mereka hasil dari kerja kuat dan dibantu oleh promosi tak
langsung UMB. Dan ada diantaraa logger ini yang tidak tahu menggunakan
tweeter pun pada ketika itu.Hari ini, semua itu Telah dilupakan, kerana mereka bangga diri, hasil
yang …

Transformasi harus diteruskan. Tahniah.

Image
Segala pujian harus diberikan kepada jentera Barisan Nasional di setiap peringkat kerana telah bekerja keras bagi memastikan kemenangan milik BN di Kerdau dan Merlimau.

Keputusan di Merlimau dengan mejoriti 2724 dan Kerdau 3643 merupakan kejayaan yang besar dimana kedua-dua tempat ini mendapat penambahan lebih 200 dan hampir 1000 mejoriti.

Walau bagaimanapun, UMNO harus meneruskan program transformasi sehingga rakyat akan betul-betul menerima keikhlasan kita untuk bekerja di sisi rakyat sepenuh masa.

Pada tahun ini, bermulanya 1 Mac, mesyuarat cawangan-cawangan telah mempraktikan perlembagaan yang telah di ubah pada tahun 2009 bagi memberi lebih ramai ahli UMNO boleh memilih pemimpin mereka, walaupun tahun ini tidak ada permilihan di peringkat parti, tapi ini merupakan komitmen UMNO untuk mengembalikan keyakinan kepada janji kita untuk melaksanakan hak ahli UMNO.

Penelitian tranformasi ini seharusnya di fahami dan dihalusi oleh setiap peringkat pemimpin terutamanya sayap-sayap. Counter Ch…

MEMBANTAH PENULISAN ARTIKEL DI NANYANG SIANG PAU BERTAJUK : Benarkah Orang-Orang Cina Memang Haiwan Duitan?

Salam Saudara Pengarang,

Artikel yang disiarkan oleh Nanyang Siang Pau pada 26 Feb berkenaan dengan Kenyataan Timbalan Perdana Menteri semasa upacara rumah terbuka Tahun Baru Cina baru-baru ini di Johor telah manarik minat saya untuk memberi kenyataan balas.

Artikel ini telah menyeru NGO Cina agar megambil tindakan terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri kerana menurut akhbar Nanyang Siang Pau, TPM telah menuduh orang-orang Cina sebagai Haiwan Duitan.

Di Malaysia dan Indonesia dan banyak Negara lain juga telah menunjukan orang-orang Cina berupaya berusaha untuk meningkatkan diri mereka didalam membina kekuatan ekonomi mereka sendiri.

Bagi mereka yang menikmati keindahan semulajadi, salah satu keindahan alam adalah semasa matahari terbit dan juga apabila matahati terbenam, kalau kita pergi ke Pantai, sudah tentu ianya merupakan saat yang di tunggu-tunggu, dan ini tidak ada kene mengena dengan Ong atau pun tidak seperti tuduhan penulis Nanyang Siang Pau.

Menuduh YAB Timbalan Perdana memberi ke…