Sunday, March 06, 2011
Transformasi harus diteruskan. Tahniah.
Segala pujian harus diberikan kepada jentera Barisan Nasional di setiap peringkat kerana telah bekerja keras bagi memastikan kemenangan milik BN di Kerdau dan Merlimau.
Keputusan di Merlimau dengan mejoriti 2724 dan Kerdau 3643 merupakan kejayaan yang besar dimana kedua-dua tempat ini mendapat penambahan lebih 200 dan hampir 1000 mejoriti.
Walau bagaimanapun, UMNO harus meneruskan program transformasi sehingga rakyat akan betul-betul menerima keikhlasan kita untuk bekerja di sisi rakyat sepenuh masa.
Pada tahun ini, bermulanya 1 Mac, mesyuarat cawangan-cawangan telah mempraktikan perlembagaan yang telah di ubah pada tahun 2009 bagi memberi lebih ramai ahli UMNO boleh memilih pemimpin mereka, walaupun tahun ini tidak ada permilihan di peringkat parti, tapi ini merupakan komitmen UMNO untuk mengembalikan keyakinan kepada janji kita untuk melaksanakan hak ahli UMNO.
Penelitian tranformasi ini seharusnya di fahami dan dihalusi oleh setiap peringkat pemimpin terutamanya sayap-sayap. Counter Check dan pemeriksaan secara terus dan lebih dekat harus dilakukan dari masa ke semasa.
Pihak MT telah melakukan penelitian ini secara dekat dengan mengadakan mesyuarat MT setiap bulan dan mengadakan mesyuarat Pengurusan setiap 2 minggu. Hasilnya dari pemantauan secara dekat ini telah memberikan keputusan hari ini, dimana rakyat dan jentera UMNO telah kembali yakin kepada kita.
Alangkah baiknya sekiranya semua sayap faham dan bersama-sama membantu mewujudkan pendekatan yang sama dengan MT. Ada di antara sayap yang tidak bermesyuarat sehingga lebih 6 bulan. Bagaimana mungkin kita memantau setiap peringkat untuk memastikan perlaksanaan gerak kerja terperinci dapat dilaksanakan kalau tidak bermesyuarat.
Sememangnya ramai yang bekerja untuk memastikan di peringkat Bahagian dan Parlimen masing-masing akan tetap kekal menang atas dasar perjuangan. Tetapi tidak dinafikan juga ada yang menumpang dengan setiap kejayaan yang kita kecapi kebelakangan ini.
Generasi penumpang kejayaan orang ini tidak seharusnya ada dikalangan Pemimpin UMNO di bawah pemerintahan Presiden. Tuan Presiden dan Timbalan telah melaksanakan tugasan tanpa mengira penat lelah. Teringkat kata-kata Datuk Sahak semasa perhimpunan agung tahun 2009 yang mana pemimpin kita nak bertemu isteri pun tak tahu bila, mungkin dalam kereta je.
Perubahan transformasi ini tidak akan berlaku sekiranya jawatan Kuasa duduk diam dan tidak bersuara, Ahli Jawatan Kuasa mempunyai kuasa yang besar sekiranya tahu bersuara dan menggunakan pengaruh. Tetapi amat malang, kerana sehingga sekarang tidak ada suara-suara yang berani untuk mengkritik mereka-mereka yang abaikan tanggunjawab.
Transformasi ini harus diteruskan untuk kita meneruskan kecermerlangan kita sehingga PRU ke 13. Semua sayap harus bekerja kuat, sekiranya ada yang tidak boleh mengikut rentak Presiden, harap dapat angkat kaki keluar dari Barisan. Biar lah mereka yang boleh bekerja bersama-sama Presiden dan seluruh jawatan kuasa MT menjalankan kerja demi Perjuangan.
Jangan nanti orang berkata kehadiran kita ini tidak menambah, hilang kita tidak berkurang.
Artikel berkaitan "Jangan Biarkan Presiden Kerja Sorang"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
No comments:
Post a Comment