Saturday, March 26, 2011

Jijik dan memualkan masyarakat !!!

Hidangan yang memualkan dan jijik!!

Pada minggu lepas, negara kita digegarkan dengan kontrovasi baru
berkenaan dengan pendedahan video yang memualkan dan menjijikkan.

Para pemain politik mula mempertahankan pihak-pihak yang merasakan
parti mereka betul, spekulasi demi spekulasi yang dibuat dengan
berpaksikan data yang amat sedikit.

Pendedahan ini telah membawa kepada andaian yang bukan-bukan. Paling
menjijikan saya, isu porno dihidangkan kepada umum untuk dinilai dan
dibaca.

Kes chua soi lek telah mengegarkan negara, satu pendedahan nilai moral
pemimpin politik yang menjijikan yang membawa kepada perletakan
jawatan beliau sebagai Menteri kesihatan.

Adakah kes terbaru ini akan diselesaikan dengan cepat ?

Apakah implikasi kepada masyarakat kita ?

Apakah yang akan diperkatakan oleh anak-anak kita ?

Saya merasakan perkara ini seharusnya diselesaikan dengan secepat
mungkin, suruhanjaya diraja harus ditubuhkan secepat mungkin.

Semakin lama kita biarkan isu ini dipermainkan, semakin banyak
spekulasi diwujudkan, dan yang paling dasyat, anak-anak dan masyarakat
kita dihidangkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan
lumrah manusia yang akhirnya isu ini akan menjadi perkara biasa kepada
masyarakat.

Setiap pemimpin yang berpegang kepada agama dan nilai hidup yang murni
seharusnya berganding bahu untuk menyelesaikan isu ini. Dan didalam
hal ini, saya melihat pemimpin BN lebih ikhlas menagukui kesalahan dan
menerima hukuman dari masyarakat.

Pemimpin pembangkang sesharusnya menunjukkan tauladan kepada rakyat
dan bertindak sebagai orang yang bersih. Sekiranya perkars ini tidak
benar, kenapa tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada kerajaan
untuk menyelesaikan isu ini?

Jawapan demi jawapan di bawa kepada jalanan, pada masa yang sama
mereka mewujudkan tafsiran kepada masyarakat untuk tidak percaya
kepada pihak berkuasa.

Pandangan saya, biarlah pihak berkuasa buat kerja mereka, Anwar telah
membuat laporan kepada pihak polis, dan polis sudah melakukan siasatan
dengan memanggil mereka yang bertanggu jawab mewujudkan isu ini.

Kepada rakyat pula, janganlah kita menolak perlakuan ini hanya kerana
yang dituduh merupakan seorang pemimpin yang pandai berkata-kata,
jangan kita meletakkan diri kita didalam situasi menolak kebenaran
sebelum membuat sesuatu penilaian.

Yang penting, siapa yang melakukan kesalahan harus diadili dengan
adilnya. Kita sudah ada suruhanjaya kehakiman, mana mungkin keputusan
akan berpihak kepada mereka yang tidak benar.

2 comments:

Anonymous said...

masyarakat kita ni bukan boleh tunggu siasatan pihak berkuasa. kecuali kalau di tayangkan di peti tv sebagai tayangan perdana, itu lagi susah sebab anak2 pun teringin menonton, mengucap saja lah, itu yang dapak kita buat

Anonymous said...

siapa kata anwar ibrahim pandai berkata2 ?bagi ku x sama sekali ..sila perhatikan cara beliau menyampaikan ceramah,lihatlah memek muka,pergerakkan tangan dan badan,suara n latar belakang beliau,kita boleh baca yg beliau berlakon dan menipu rakyat..la ni rakyat dah x boleh ditipu lagi...coz rakyat dah jemu dgn lakonan beliau...org seperti beliau x layak dijadikan ketua negara..barat telah melabor duit dgn banyaknya,hanya untuk kemenangan beliau supaya negara ini akan tunduk kepada beliau..tp klu x berjaya masak lah kau kena tembak dgn mereka...jangan dibiarkan mereka menipu kita lagi....xxx

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...