Tuesday, March 08, 2011

Menulislah dengan penuh prinsip!!

Susulan dari jawapan mereka yang mengkritik Sdr Tun Faisal. Ini lah akibatnya kalau kita menulis hanya dengan dengar-dengar kata orang. ikuti di : sini :

Rumah dah siap, pahat pun berbunyi, itu lah yang terjadi pada UMB yang mana mendapat tentangan dari bloger-bloger yang dianggap macam "top"

Saya masih ingat didalam satu program yang menghimpun seramai 400
orang pelayar internet, apabila penceramah berkata " adakah kamu kenal
"xxx" diam semua orang, kejadian itu seingat saya pada tahun lepas,
dan selepas itu, program demi program kita membawa contoh nama-nama
blogger yang pro BN.

Naiklah alexa rating beliau dengan sedikit sebanyak dibantu oleh
program program seperti ini.

Sekarang, blog seperti mereka dan banyak lagi blog sudah mendapat
tempat mereka hasil dari kerja kuat dan dibantu oleh promosi tak
langsung UMB. Dan ada diantaraa logger ini yang tidak tahu menggunakan
tweeter pun pada ketika itu.

Hari ini, semua itu Telah dilupakan, kerana mereka bangga diri, hasil
yang ada pada hari ini adalah hasil kerja sendiri, tidak mungkin ianya
di bantu oleh UMB. Tidak mengapa lah, orang tua selalu berpesan,
jangan kita kurang ajar dengan guru kita, ular menyusur akar tidak
akan hilang bisanya.

UMB bukan berperanan untuk mengaji bloggers, kami berperanan untuk
menyusun stretegik bagi permudahkan para pemain internet yang
sayangkan kerajaan untuk memberi info kepada rakyat, dan struktur dan
prinsip kami tidak berubah dari dulu hingga sekarang.

Apabila kita sudah di atas, bukan senang untuk kita kekal di atas,
oleh itu, ada diantara blogger yang menggunakan apa sahaja isu tanpa
ada batas hanya kerana mahu mengekalkan tahap mereka.

Walau apa pun, jadilah seorang yang berterima kasih kepada mereka yang
membantu kita, tanpa ada bayaran dan semuanya ikhlas. Sifat ini amat
penting kerena ini sahajalah yang menentukan kita masih lagi manusia
bertamaun atau pun tidak.

Peranan besar kita adalah untuk melihat negara kita terus diperintah
oleh UMNO, kalau peranan kita menyumbang kepada kekalahan, apakahkah
ertinya perjuangan ini!!

2 comments:

PAPA GOMO said...

Lu cerita apa bro? Cerita gaji buat apa? Persoalannya pas media. Jangan lah nak tegakkan benang yg basah. Benda ni bukan baru lan. Sebelum lu jadi timbalan pengerusi umb lagi hal ni berlaku.

Harap fokus apa peranan umb

Anonymous said...

Tahniah kepada UMB kerana mengajar saya di ILMU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...