Posts

Showing posts from October, 2009

Jangan Salahkan UMNO

Pemilihan calon wakil rakyat PKR tidak ada kene mengena dengan UMNO, jesteru itu, sekiranya ada wakil rakyar PKR yang tidak setia dan mahu bertukar menjadi wakil BEBAS, ianya adalah kesalahan PKR itu sendiri.

Melihat keadaan ada dikalangan Wakil Rakyat PKR yang sudah mengeluarkan kenyataan secara rasmi atau cakap-cakap kedai kopi yang menceritakan tidak senang dengan para pemimpin atasan PKR, ini menunjukan Parti PKR tidak mempunyai kemahiran untuk mentakbir parti ataupun Kerajaan.

Sering kali UMNO dipersalahkan sekiranya ada wakil rakyat PKR yang keluar parti, terdahulu kes Wakil Rakyat di Perak dan sekarang di Selangor, dan selepas ini dijangkakan akan lebih ramai yang akan meningalkan PKR.

Rakyat perlu sedar, untuk kita memerintah sesebuah Negeri/Negara, bukan sahaja keyakinan bercakap diperlukan, kemahiran mentakbir, kematangan sesebuah institusi dan kestabilan dan kepercayaan diantara angota parti di perlukan. Ini akan memastikan setiap keputusan dan setiap perancangan untuk Rakyat …

Pemuda Masuk Sekolah

Image
Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah memulakan langkah awal memberi penerangan kepada Murid-murid sekolah menengah berkenaan dengan gagasan 1 Malaysia dan peluang-peluang pendidikan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan.

Didalam Majlis Penyerahan sumbangan alatan tulis kepada pelajar SPM Sekolah Menengah Sri Sentosa, Razlan memberi penerangan kepada murid-murid untuk memahami gagasan 1 Malaysia. Gagasan ini sudah semestinya akan merapakkan lagi hubungan diantara kita dan ini menunjukkan Kerajaan BN mengutamakan keamanan, kesejahteraan demi rakyat 1 Malaysia.Beliau juga menekankan faedah yang disediakan oleh kerajaan baru-baru ini kepada pelajar SPM selepas habis sahaja zaman sekolah. Supaya mereka melanjutkan pelajara ke tahap yang lebih tinggi dan seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan cemerlang didalam pendidikan.

"Kamu semua harus mengambil peluang untuk merebut peluang untuk menjadi diantara 30 orang m…

Lawatan ke PPR Muhibah

Image
Bergambar bersama Pemain dan Pengerusi Persatuan Penduduk(Duduk,2 dari Kanan)


25 Oktober 2009 - Tahniah kepada Saudara Masri(AJK PPUS) kerana berjaya menjalankan aktiviti Futsal di kawasan beliau dengan kerjasama Persatuan Penduduk dan Jabatan Perpaduan.

Gelanggan baru yang diperolehi oleh penduduk PPR Muhibah telah memberikan kemudahan sukan kepada anak-anak tempatan untuk beriadah, dan diharap ianya dapat di jaga dengan baik.

Gelanggan ini telah diserahkan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Muhibah, En Abdul Ghafar untuk mengawal selia.

Bisik-bisik kedengaran Cawangan PKR di Kawasan ini kebanyakkan ahlinya dari kaum India. UMNO masih belum wujud lagi.



(En Abdul Ghafar (hijau), Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Muhibah)

Selamat Menjalankan Tugas.

Selamat menjalankan amanah kepada saudara Maizal Aswad(Along), sebagai Penolong Setiausaha dan juga Saudara Alawi Dahalin sebagai Ketua Penerangan.

Jadikanlah lantikan ini sebagai satu ibadah dan juga diharap dapat bersama-sama kita merelisasikan agenda untuk MEMASYARAKATKAN PEMUDA.

Terima Kasih juga kepada Saudara Rozzy (Mantan Ketua Penerangan) dan Saudara Irwan Rizal (Mantan Penolong Setiausaha) yang telah menabur jasa dan budi semasa memegang jawatan tersebut.

Masa yang diberikan kepada kita bukannya panjang, kita harus terus bergerak secara pantas dan proaktif, dan diharap semua dapat menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada kita.

Selamat bertugas sahabat semua.

Terima Kasih PM

Image
Kami Pemuda Seputeh merakamkan ucapan Terima Kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana kesudian YAB ke majlis rumah terbuka Bahagian Seputeh.

Kehadiran ini memberikan kami suntikan semangat untuk terus bekerja dengan lebih kuat dan gigih.

Terima Kasih juga kepada Ketua Pemuda Malaysia, Sdr Khairi Jamaluddin bersama Barisan Exco dan juga Sdr Rizalman bersama-sama ketua Pemuda Bahagian WP yang turut hadir didalam majlis ini.

Tidak lupa kepada Pemuda Bahagian Seputeh yang bekerja keras untuk menjayakan program ini, Khalid, Sham, Zul,Kasim, Ajib, kawan-kawan Pemuda dari Kg Petaling, Along, Alawi, Basiron, Kabir, Man , Arab, Fauzan, Fadil dan seluruh ajk Pemuda bahagian kerana bekerja secara kuat di belakang tabir.

Walaupun Seputeh tidak pernah dimenangi oleh BN didalam Pilihanraya, namun kehadiran ini telah memberikan pengitirafan yang besar kepada perjuangan kami di UMNO Seputeh.

Keakrapan kami di Seputeh telah mengiyakan program yang telah mendapat sambutan yang memberangsangkan ini. Seramai l…

Selamat Bersidang Kepada Pejuang Pemuda UMNO.

Selamat berjuangan dan bersidang wahai pahlawan Melayu Muda UMNO.

Pada mesyuarat yang lepas, ketika permilihan diadakan, Kota Metrapolitan ini telah dibanjiri oleh semua lapisan golongan yang minat kepada permilihan pucuk pimpinan UMNO.

Masih segar diingatan, masing-masing dengan slogan calon-calon dan masing-masing dengan stretergik dan gerak saraf untuk memenangkan calon masing-masing.

Setelah hampir 6 bulan berlalu, kita bertemu kembali, tetapi kali ini dengan penuh sunyi dan tenang kerana permilihan telah dibuat dan juga seharusnya kita positif kearah memikirkan bagaimana untuk kita memutihkan kembali institusi Pemuda UMNO.

Adakah penerimaan Pucuk Pimpinan yang dipilih sekarang ini telah di terima oleh perwakilan? Adakah permilihan pucuk pimpinan telah mengembalikan penyatuan diantara penyokong ataupun bukan?

Ini semua perlu diusahakan oleh kedua-dua pihak, yang menyokong ataupun tidak. Yang menyokong tidak boleh mengambil tindakan EGO dan yang tidak menyokong jangan ambil tindakan SOM…

Kemanangan yang Penuh Makna.

Pemuda Seputeh mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad dan seluruh jentera WP dan BN kerana telah membuktikan Rakyat sudah kembali kepada BN.

Sunami yang melanda BN pada PRU yang lepas sudah boleh di lupakan, dan kemenangan ini akan memberikan kebangkitan moral seluruh Ahli UMNO/BN di setiap pelusuk negara.

Kemenangan ini membuktikan rakyat sudah bosan dan mual dengan tindakkan Pembangkan yang sering kali memainkan kata-kata bahkan menjanjikan perkara yang tidak dapat mereka tunaikan.

Pengundi di Bagan Pinang sedar apabila melihat sendiri tingkah laku yang tidak BERMORAL dan tidak BERMARUAH penyokong dan Pemimpin Pembangkang. Jesteru ini, mereka faham dan sedar, untuk kita memilih PEMIMPIN bukanlah boleh kita menggunakan EMOSI, malah ianya memerlukan kematangan dan pemikiran yang waras agar masa depan Malaysia tidak diperjudikan.

Pembangkan membawa penyokong yang extremis dan menunjukkan kelakuan yang tidak bermoral. Mereka membaling batu kearah polis dan memecahkan kereta dan motor …

Tahniah En Mustapa Kamal.

Image
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Yg Bhg En. Mustapa Kamal,
Ketua UMNO Bahagian Seputeh,
diatas perlantikan beliau sebagai ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur