Didalam Majlis Penyerahan sumbangan alatan tulis kepada pelajar SPM Sekolah Menengah Sri Sentosa, Razlan memberi penerangan kepada murid-murid untuk memahami gagasan 1 Malaysia. Gagasan ini sudah semestinya akan merapakkan lagi hubungan diantara kita dan ini menunjukkan Kerajaan BN mengutamakan keamanan, kesejahteraan demi rakyat 1 Malaysia.
"Kamu semua harus mengambil peluang untuk merebut peluang untuk menjadi diantara 30 orang murid yang terhebat di Malaysia, ini akan memastikan kamu layak untuk melanjutkan pelajaran di Universiti terkemuka di Dunia dengan Biasiswa disediakan oleh karajaan", Kata Razlan.
"Kepada murid-murid yang kurang berjaya mendapat tempat di IPTA dan membuat pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran, belajarlah pandai-pandai agar mendapat Ijazah Kelas Pertama dan ini akan memastikan kamu tidak perlu membayar balik pinjaman dan ianya akan meringankan beban anda dan keluarga" Kata, Razlan.
"Pihak Kerajaan juga akan memberikan insentif kepada guru besar dan sekolah sekiranya anda semua belajar pandai-pandai dan mendapat keputusan cemerlang", Kata Razlan
Lawatan sambil memberi sumbangan peralatan tulis kepada murid-murid sekolah yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada 17 Nov 2009 ini bertujuan untuk memberikan semangat moral kepada para pelajar untuk lebih yakin didalam menjawab soalan.

Seramai 447 murid akan menduduki peperiksaan SRM dan lawatan ini juga merupakan susulan daripada program Jati Diri yang dianjurkan oleh Pemuda Seputeh pada awal tahun khas untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaaan SPM.
No comments:
Post a Comment