Pemuda Seputeh mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad dan seluruh jentera WP dan BN kerana telah membuktikan Rakyat sudah kembali kepada BN.
Sunami yang melanda BN pada PRU yang lepas sudah boleh di lupakan, dan kemenangan ini akan memberikan kebangkitan moral seluruh Ahli UMNO/BN di setiap pelusuk negara.
Kemenangan ini membuktikan rakyat sudah bosan dan mual dengan tindakkan Pembangkan yang sering kali memainkan kata-kata bahkan menjanjikan perkara yang tidak dapat mereka tunaikan.
Pengundi di Bagan Pinang sedar apabila melihat sendiri tingkah laku yang tidak BERMORAL dan tidak BERMARUAH penyokong dan Pemimpin Pembangkang. Jesteru ini, mereka faham dan sedar, untuk kita memilih PEMIMPIN bukanlah boleh kita menggunakan EMOSI, malah ianya memerlukan kematangan dan pemikiran yang waras agar masa depan Malaysia tidak diperjudikan.
Pembangkan membawa penyokong yang extremis dan menunjukkan kelakuan yang tidak bermoral. Mereka membaling batu kearah polis dan memecahkan kereta dan motor penyokong BN malah ada yang dipukul sehingga berdarah di kepala.
Budaya ini seharusnya tidak terjadi di MALAYSIA kerana kerajaan BN telah membawa negara kita maju dan bertamadun, hanya mereka yang tidak bertamadun dan mempunyai pemikiran yang tidak matang membuat perkara-perkara seperti ini.
Saya percaya, sekiranya penyokong Pembangkan yang datang tidak membuat kacau, peratusan yang keluar mengundi akan lebih tinggi dari 81%, jesteru itu, pihak SPR seharusnya mencari kaedah bagaimana untuk memberikan seluas-luasnya keselesaan kepada Pengundi untuk mengundi.
Kemungkinan SPR boleh menghadkan hari BERKEMPEN diberhentikan sehari sebelum MENGUNDI. Dan penyokong tidak dibenarkan berada di kawasan Pilihanraya.
Apapun, tahniah kami ucapkan kepada semua yang telibat didalam memastikan kemenangan yang bergaya ini dan kita seharusnya boleh merayakannya, tetapi jangan biarkan ianya mealpakan kita untuk bekerja lebih baik untuk RAKYAT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
No comments:
Post a Comment