Monday, September 11, 2006

Piala Ketua Pemuda

Alhamdullilah, pada tahun ini, dapat jugak aku sebagai pemimpin kerdil menjalankan satu lagi acara tahunan yang dinamakan "Piala Ketua Pemuda Copa Salak".

Tahun ini, setelah mencari objektif pertandingan, dengan kata sepakat, kami telah namakan kesemua pasukan yang berjumlah 8 pasukan untuk menggunakan nama pemimpin yang Lepas.

Nama-nama seperti Tun Hussien Onn, Tuanku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Saadon Zubir, Tun Ghafar dan tak lupa Tun Mahathir... dan beberapa nama pemimpin telah berkumandang ke udara setiap kali pasukan akan bertanding.

Tak kurang lagi, aku telah mengalakan siapa saja yang ingin menyumbang bagi menaja pertandingan ini, dan ku laungkan menggunakan pembesar suara agar message untuk menghidupakan lagi suasan ini dirasai.. alhamdullilah.. ada juga pemuda dan pak cik tidak kedekut untuk menaja pemain terbaik, acara timbang bola, pemain harapan dan juga tidak lupa pada seorang adik yang ingin menyumbang air 100+ untuk pengadil.

Inilah motif pertandingan pada kali ini, menghidupkan kembali budaya menolong seperti Perjuangan UMNO yang lepas, orang melayu sanggup mengadai tahan dan harta benda semata-mata untuk melihat negara kita Merdeka.

Dengan gejala sosial yang meluas di negara kita, budaya seperti inilah yang perlu kita pupuk untuk mereka bersama-sama menyumbang untuk menaikkan bangsa melayu.

Sebelum hari pertandingan, kami talah membuat gotong royong untuk membuat garis di padang dan memotong rumput, tetapi seperti kebiasaan, sambutan amat lah kurang, aku berterima kasih sangat dengan para pemuda aku yang sanggup mengabiskan tenaga dan masa demi untuk menjadikan hari esoknya kenyataan. Tahniah dan allah sahaja yang akan dapat membalas budi PEMUDAKU.

Kepada Ketua Putera dan Naib Ketua Pemuda Bahagian, terima kasih banyak-banyak dan jangan lupa ... perjuangan belum selesai.. dan tidak akan selesai selagi nyawa di kandung badan ...

Akan ku teruskan perjuangan ini walaupun aku poket aku kosong ... hehe.. "Jangan anak bini kelaparan sudah" ....... razlan.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...