Posts

Showing posts from 2017

Fatwa Politik Dr Mahathir

Image
(Menjawab Blog CheDet dan Artikel Malaysiakini , 5 Oktober 2017)
Fatwa Politik Dr Mahathir
Dalam ilmu pendidikan Subjek Politik Ala Dr Mahathir, segala fitnah dan celaan itu tidak ada dosa dan pahala, semua di halalkan demi menikmati kemenangan parti beliau.
Sebagai seorang muslim, kita ada pegangan untuk tidak berkata bohong malah jauh lagi untuk membuat fitnah.
Lebih 22 tahun, Dr Mahathir mendakwa menanam kebencian orang Melayu kepada DAP dengan pelbagai fakta dan ilmu politik yang akhirnya membawa kepada Peperangan Idealism melawan DAP.
Beliau tidak pernah ada rasa insaf walaupun bak kata pepatah melayu di hujung-hujung nyawa ni "rumah kata pergi, kubur kata mari “ dengan terus membuka ruang fitnah dan celaan malah tomahan demi untuk mencapai Syurga Dunia.
Bila terbaca kenyataan dan pengakuan beliau bahawa beliaulah yang PERSETANKAN DAP, tertanya dalam diri, apakah jenis manusia ini? akibat dari Persetankan DAP ini, Karpal, Lim Kit Siang dan ramai lagi pernah di Penjarakan oleh Dr M…

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea

Image
Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada kali ini. 


Daripada 128 orang atlet, seramai 21 orang atlet yang masih layak untuk menyertai SUKMA XIX Perak 2018 yang akan datang. 
Ini membuktikan bahawa Wilayah Persekutuan merupakan penyumbang utama kepada atlet yang mewakili negara selaras dengan visi dan misi MSWP iaitu melahirkan atlet bertaraf nasional dan antarabangsa. 
Penyertaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 juga merupakan pendedahan terbaik bagi atlet Wilayah Persekutuan menjelang SUKMA XIX 2018 nanti. 
Diantara Atlet Wilayah Persekutuan yang diharapkan akan membantu Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas adalah seperti Nur dhabitah Sabri daripada sukan Akuatik Terjun, Ng Eain Yow daripada sukan Skuasy dan Muhammad Rafiq Bin Ismail daripada sukan Tenpin Boling. 
Selain itu, atlet daripada sukan-sukan lain juga mampu untuk memberi saingan pada sukan SEA Kuala Lumpu…

Isu : Sekolah Agama Rakyat Umar Abdul Aziz Masjid Negara.

Image
4 Ogos 2017.
Pagi tadi saya sempat meninjau SRA Umar Abdul Aziz Masjid Negara. Hasil dari pertemuan dengan Ibu Bapa, saya telah meminta sdr Gulam Muszaffar untuk mengetuai dan mewakili Pemuda WP bermesyuarat bersama Ibu Bapa dan Pengarah Jawi.

Mesyuarat berjalan lancar dan saya difahamkan  :-
1. SRA Umar Abdul Aziz akan dipindahkan ke Bangunan Yadim sementara Masjid Negara diubahsuai.
2. SRA Umar Abdul Aziz akan kekal di Masjid Negara Selepas projek dilaksanakan selama 30 bulan dan akan dipindah semula di lokasi asal.
3. Pelajar Tahun 1 yang sebelum ini dihentikan pengambilanya, akan dibuka semula pengambilan.
Itu 3 perkara penting yang menjadj kerisauan orang-orang islam yang bermastautin di sekitar Ibu Kota.
Saya menyambut baik penyelesaian yang di buat oleh Pihak JAWI dan terima kasih kepada Pengarah Jawi yang baru Ustat Abdul Aziz yang banyak membantu agar SRA ini kekal di Buka Di Masjid Negara.
Terima Kasih kepada Datuk Sohaimi yang turun padang bersama mesyuarat di Jawi sebentar tadi.
Ki…

SPRM - Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Image
Ikrar Benteras Rahsuah.
Agensi Sukan Negeri WP adalah yang pertama melaksanakan Ikrar Benteras Rahsuah bersama-sama dengan NGO dan Persatuan Sukan dalam WP.
Ikrar ini adalah untuk menyokong kempen memerangi Rahsuah oleh SPRM bersama dikalangan masyarakat dan agensi sukan di dalam WP.
Sebelum majlis ikrar ini diadakan, kursus pentadbiran bantuan Sukan dijalankan bagi memberi ilmu bagaimana sesebuah persatuan itu dijalankan dengan penuh amanah.
SPRM juga memaklumkan bahawasanya sebuah Persatuan atau NGO adalah terletak didalam peraturan Badan Awam, iaitu tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan.
Diharapkan agar semua yang terlibat dapat memahami dan sama-sama menjaga kepentingan kerajaan dan akhirnya rakyat keseluruhan akan mendapat manfaat dari setiap dana yang disalurkan.
Razlan Rafii

Pemuda Armada Tidak Beradap

Image
Tindakan Pemuda Umno menghalang sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) semalam yang mahu menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertujuan menjaga maruah dan imej parti mereka, kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii hari ini.
Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk mengelakkan "kejadian Adam Adli" - merujuk kepada tindakan aktivis bekas pelajar yang menurunkan bendera dengan imej Najib, di luar ibu pejabat Umno semasa bantahan menuntut kebebasan akademik lebih luas pada Disember 2011.“Kita faham mereka serpihan ahli Umno yang telah tersesat jauh dan tersilap langkah. Mereka mungkin rindukan PWTC.
“Jadi perasaan mereka itu membuak-buak nak pijak PWTC, namun apakan daya.
“Kita Pemuda Umno, takkan selangkah berundur ke belakang mempertahankan agama, parti dan tanah air,” kata Razlan pada sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.
“Cukuplah sekali Adam Adli bertindak biadap menurunk…

Zaman sudah berubah!!

Image
Kalau bersabung, pastikan menang, jangan kita menang sorak kampung tergadai.
Maruah Presiden tidak pernah kami abaikan, senantiasa menjadi keutamaan untuk kami pertahankan.
Ingin maklum kepada YB Datuk Seri Tajuddin Rahman, sejarah tidak pernah menipu dimana pernah satu ketika Presiden Parti di tertawakan dengan lakonan Kangkong, dan dihina di DUN Pulau Pinang, kami Pemuda WP tidak pernah ragu-ragu  merusuh depan bangunan DAP tanpa memikir risiko yang bakal diterima demi parti keramat. 
Dan begitu juga pernah maruah Agama kami di tertawakan, kami tidak berpeluk tubuh melihat ianya berlalu begitu sahaja. Kami bangkit bantah dan bantah setiap kali isu agama diperlekehkan.
Bukan itu sahaja yang telah dilakukan, malah setiap kali ada pertembungan penghinaan terhadap Pemimpin parti, tidak ada erti peluk tubuh dari Pemuda UMNO. Kami sekali lagi bangkit dan pertahankan.
Cuma nak ingatkan juga kepada Pemimpin Parti yang seangkatan, tengok anak-anak muda ini ibarat anak sendiri, beri mereka peranan…

Subsidi : Malaysia Vs Indonesia

Image
Siapa yang pernah ke Indonesia, mesti pernah melihat Gambar Gas ini. 
Ini adalah Gas Subsidi untuk rakyat Indonesia, seberat 3 Kg untuk setiap keluarga yang memerlukan di Indonesia.
Harga setiap satu Gas ini sekitar RM7 untuk 3 KG. Dan setiap keluarga hanya akan menerima 1 atau 2 tong untuk 1 bulan.
Ianya berbeza skim Subsidi di Malaysia. Kita ada Gas yang beratnya 14Kg dan harganya hanya RM28. Malah setiap keluarga yang habis guna, boleh membelinya sebanyak mana yang mereka mahu setiap bulan.
Di Indonesia, Gas ini hanya untuk kegunaan rakyat dan bukan kegunaan Komersial, namun di Malaysia, kedai Mamak, mak cik goreng pisang, restaurant Cina, restaurant Melayu, mungkin banyak kedai-kedai makan mengunakan Gas ini secara berleluasa tanpa ada had dan rasa segan silu, malah tidak ada pulak penguatkuasa yang berani terjah mereka, luasnya ketirisan penggunaan subsidi.
Dengar cerita, Di Indonesia tidak lagi akan memberi Gas Subsidi ini kerana mahu mengurangkan perbelanjaan Kerajaan. Rakyat Indone…

Marathon Ramadhan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Image
Sebanyak 15 Surau dan 2 Masjid menerima sumbangan dari Pemuda UMNO Bhgn Seputeh. 
Jelajah Ramadhan ini merupakan acara tahunan yang diadakan semenjak 3 tahun yang lalu.


Program bermula dengan masakan bubur Lambuk di Masjid Al Muhsinin Taman Desa.
Sumbangan seperti Beras, gula, bawang, ubi kentang dan lain-lain.
Jelajah ini dibahagikan kepada 3 kumpulan membawa barangan makanan serta bubur lambuk.
Sebanyak 3 bazaar ramadhan sekitar Seputeh juga menerima masakan bubur lambuk yang di edarkan sebelum berbuka.
Bomba Taman Desa dan Balai Polis Seri Petaling juga menerima sumbangan Bubur Lambuk.
Program ini diketuai oleh Ybhg Datuk Mohd Razlan Rafii Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh.

Banga dengan Kru MAS

Image
Penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 dari Melbourne, Australia ke Kuala Lumpur, yang terpaksa berpatah balik ke Melbourne kelmarin selepas seorang lelaki cuba menceroboh kokpit dan mendakwa mempunyai bom, memuji kru kabin pesawat itu dalam menangani detik cemas ketika di udara.
Susulan insiden mencemaskan itu, lebih 100 penumpang yang menaiki pesawat dengan kod penerbangan MH128D, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.43 pagi ini.Rabu lepas, pesawat MH128 yang berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine, Melbourne pada jam 1.11 malam waktu Australia dan dijadual tiba di KLIA pada jam 5.28 pagi waktu Malaysia, terpaksa berpatah balik 30 minit kemudian selepas seorang penumpang mendakwa memilik bom.Lelaki warga Sri Lanka, yang dipercayai menghadapi masalah kesihatan mental, bagaimanapun berjaya ditumpaskan oleh beberapa penumpang serta merebahkannya ke lantai dan mengikat tangan suspek.
Ketibaan penumpang itu 'disambut' lebih 50 war…

Kembali untuk Menulis Blog

Image
Pada akhir saya menulis di Blog ini adalah pada 2014, banyak sungguh peristiwa yang terlepas daripada catatan dalam blog ini.
Setelah sekian lama saya berkarya didalam blog ini, baru-baru tersedar begitu banyak nukilannsejarah tercatit dalam Blog ini.
Banyak catatab perjuangan saya di ceritakan didalam Blog ini.
Saya akan cuba untuk aktif semula dalam penulisan saya.
Insyallah....

Bermulanya Di Blog ini.

Image
Pada awal perjuangan saya bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian, Blog ini lah yang telah saya usahakan untuk memberi maklumat kepada rakan-rakan yang bertanding.
Terima Kasih semua yang membantu saya pada ketika itu.

"Patik Menjunjung Kasih Tuanku" Akhiri ayat selepas dikalung Darjah Kebesaran Panglima Mahkota WP(P.M.W) 
Tidak dapat saya membalas satu per satu ucapan tahniah dari rakan-rakan.
Saya dan Isteri bukanlah dari kalangan orang yang ada-ada(Have-Have), ataupun dari Keluarga Bangsawan, Darjah ini merupakan satu kejutan kepada saya dan keluarga dan saya berharap agar "Resam Padi itu akan sebati dalam kehidupan kami"
Terima Kasih kepada YB Senator Datuk Mustapa Kamal dan Datin Shida terhadap sokongan kepada kami, Ayahnda Tengku Adnan Tengku Mansor, tanpa restu ayanhda, perkara ini tidak akan menjadi realiti. YB Chief Khairy Jamaluddin dan EXCO, terima kasih diatas sokongan.
Kepada Pemuda Seputeh 08-13 dan Sekarang, Rakan-rakan Datuk Paduka Mohd Rafi Alli …