Friday, August 18, 2017

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea


Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada kali ini. 


 


Daripada 128 orang atlet, seramai 21 orang atlet yang masih layak untuk menyertai SUKMA XIX Perak 2018 yang akan datang. 


Ini membuktikan bahawa Wilayah Persekutuan merupakan penyumbang utama kepada atlet yang mewakili negara selaras dengan visi dan misi MSWP iaitu melahirkan atlet bertaraf nasional dan antarabangsa. 

 

Penyertaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 juga merupakan pendedahan terbaik bagi atlet Wilayah Persekutuan menjelang SUKMA XIX 2018 nanti. 


Diantara Atlet Wilayah Persekutuan yang diharapkan akan membantu Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas adalah seperti Nur dhabitah Sabri daripada sukan Akuatik Terjun, Ng Eain Yow daripada sukan Skuasy dan Muhammad Rafiq Bin Ismail daripada sukan Tenpin Boling. 


Selain itu, atlet daripada sukan-sukan lain juga mampu untuk memberi saingan pada sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini seperti atlet Sukan Sepak Takraw acara Chinlone yang telah berjaya menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia. (Iskandar Zulkarnain, Nur hidayat Ar Rasyid Bin Ahmad Daud dan Putera Aidil Israfil Bin Kamaruzaman). 


MSWP akan terus memberi sokongan sepenuhnya dalam membantu Majlis Sukan Negara untuk memastikan atlet-atlet yang bertanding berada pada prestasi yang terbaik pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ini. 

 

    

No comments:

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea

Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA...