Wednesday, June 16, 2021

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku









 DAULAT TUANKU

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Raja-Raja Melayu Pemerintah telah berkenan dengan kerisauan yang telah saya zahirkan menerusi warkah kepada DYYM YDPA pada 4 Jun 2021 yang lepas. 

Menerusi warkah tersebut, saya telah menyenaraikan kebimbangan mengenai penularan, kaedah kawalan pandemik dan angka jangkitan Covid-19 yang menyedihkan oleh pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekaligus keadaan ini meresahkan rakyat terutamanya. Turut dinukilkan mengenai kebimbangan keadaan ekonomi negara dan rakyat yang tidak menentu.

Situasi darurat yang merisaukan pelabur-pelabur asing untuk berurusniaga di sini. Serta berkaitan dengan birokrasi keterlaluan dan gerak kerja tidak efisyen pihak kerajaan menangani nasib rakyat yang berada dalam keadaan tidak menentu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 

Keadaan ini benar-benar merisaukan semua pihak ditambah lagi dengan kegagalan kerajaan mempertahankan amalan demokrasi berparlimen. Dalam masa yang sama tindakan menangani krisis dilihat tiada kebersamaan kerana darurat yang diisytiharkan seolah-olah bersifat mengukuhkan kuasa Perdana Menteri sahaja. Hanya lafaz kesyukuran terima kasih dapat kami sekalian rakyat ucapkan kepada DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah kerana melihat dan memahami keadaan di bawah hari ini. 

Teguran DYYM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah terhadap Kerajaan PN adalah satu tamparan dan ingatan buat Tan Sri Mahiaddin untuk memikirkan semula adakah beliau benar-benar berkredibiliti untuk terus memimpin Jemaah Menteri di bawahnya.

Tidak sia-sia tindakan rakyat yang terpaksa mengetuk pintu Istana bagi memastikan keadaan semasa di luar Istana mendapat perhatian dan diselesaikan segera seperti diharapkan DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah. Menjunjung kasih Tuanku DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu Pemerintah

Razlan Rafii

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...