Wednesday, September 09, 2009

Program JOM KACAU DODOL.



Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan menganjurkan program JOM KACAU DODOL pada 10 September 2009, jam 3.00pm di Blok 1 KEP, Kuchai Lama.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian bersama dengan Biro Pendaftaran Keahlian Pemuda Bahagian.

Dodol merupakan kuih tradisi turun temurun bangsa Melayu dan program ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada generasi muda bandar bagaimana untuk membuat dodol.

Selain dari itu, untuk menyiapkan dodol, semangat gotong royong mesti ada agar dodol masak dengan baik. Sekiranya dodol tidak di kacau setiap masa, kuih ini tidak akan masak sempurna.

Program ini dijangkakan akan tamat pada jam 10.00pm dan akan disempurnakan oleh Saudara Hishamuddin Yahya (Exco PPUM) dan Ketua Bahagian Seputeh bersama dengan Ketua Pemuda Bahagian.

2 comments:

Anonymous said...

program kacau makwe takde ke?

Anonymous said...

dodol adalh makanan asli Bangsa Indonesia bukan punya malingsial...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...