Monday, May 24, 2010

Bantahan terhadap Judi Bola - Memorandum kepada Dato Awang Adek




BANTAHAN TERHADAP JUDI BOLA - MEMBENARKAN A

SCOT SPORTS SDN BHD MENGGUNAKAN LESEN MENGAMBIL PERTARUHAN BAGI PERTANDINGAN

SUKAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA.


Memorandum

Kepada Y.B. Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein.


Memorandum oleh

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh kepada Timbalan Menteri Kewangan pada 22 Mei 2010 di Taman Salak Jaya.

Y.B. Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein,

Timbalan Menteri Kewangan,

Kementerian Kewangan

Aras 11, Blok Tengah Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan 62592 Putrajaya

Y.B. Datuk,

Bantahan Terhadap Judi Bola - Membenarkan Ascot Sports Sdn Bhd Menggunakan Lesen Mengambil Pertaruhan Bagi Pertandingan Sukan Bola Sepak Piala Dunia.

Pengumum keputusan Kerajaan pada 6 Mei 2010 untuk membenarkan Ascot Sports Sdn Bhd menggunakan semula lesen mengambil pertaruhan bagi pertandingan sukan terutamanya bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula pada 11 Jun 2010, telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan daripada rakyat Malaysia.

Sekalipun kita tahu bahawa hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, iaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain. Sebagaimana sabda Nabi yang mengatakan:


Oleh kerana itu , tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu senang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apa pun.

Dalam bahasa yang lebih mudah, judi adalah satu pertaruhan maknanya seseorang mempertaruhkan sesuatu sama ada wang atau harta benda dengan harapan untuk mendapat habuan yang lebih banyak lagi namun risikonya ialah akan kehilangan wang atau harta benda yang dipertaruhkan. Dalam perjudian ini akan wujud pihak yang mendapat keuntungan dan akan ada pihak yang mengalami kerugian.

Dalam islam larangan ini ada terkandung suatu hikmah dan tujuan yang tinggi sekali iaitu:-

1. Hendaknya seorang muslim mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dengan dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya; dan tunggulah hasil (musabbab) dari sebab-sebabnya.

Sedangkan judi di dalamnya termasuk undian dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, aktiviti dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah -perintahnya yang harus dituruti.

2. Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh kerana itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batin.

3. Perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri. Bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan dendam.

4. Apabila berlakunya kerugian akan mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, dengan beranggapan bahawa ulangan kali kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Manakala yang menang, akan tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak. Sama sekali tidak ada keinginan untuk berhenti. Dan makin berkurang pendapatannya, makin dimabuk oleh kemenangan sehingga dia beralih dari kemegahan.

5. Apabila seseorang telah menjadikan judi sebagai hobi ia akan merosakan waktu dan aktiviti hidup hariannya. Ia menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi, dan menghabiskan barang tetapi tidak dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

6. Selain itu, pemain judi akan sibuk dengan permainan sehingga melupakan akan tanggungjawab terhadap keluarga dan kewajibannya kepada Tuhan.

Di sini dapat disimpulkan bahawa judi akan membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat. Ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja malahan kepada orang yang bukan beragama islam juga. Judi boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan, sistem sosial masyarakat dan Negara. Dengan menyebabkan orang miskin bertambah miskin, yang kaya boleh menjadi miskin dengan sekelip mata. Apabila berlaku kekalah dalam judi banyak kegiatan jenayah, keganasan rumah tangga dan masalah hutang dengan ”ah long” akan berlaku. Dalam jangka masa panjang Negara akan menanggung kos sosial yang lebih tinggi.

Jika dilihat senario perjudian di Negara tercinta kita iaitu Malaysia, terdapat beberapa bentuk perjudian yang terkenal yang diterajui oleh kumpulan BERJAYA Corp. Berjaya Corp Berhad akan menjadi syarikat pertaruhan sukan bola sepak berlesen pertama di negara ini yang menguasai 70 Peratus (%) kepentingan dalam Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) dengan harga tunai RM525 juta. Di jangkakan Syarikat Vincent Tan iaitu Berjaya Corp Berhad meraih keuntungan selepas cukai terkumpul sekurang-kuranganya RM375 juta bagi tiga tahun pertama operasinya dengan purata keuntungan bersih kira-kira RM 125 juta setahun.

Pihak kami melahirkan perasaan bimbang dengan rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki oleh Kumpulan BERJAYA yang akan digunakan untuk tujuan yang sama semasa perlawanan bola sepak berlangsung nanti . Ini kerana Berjaya Corp Berhad mempunyai rangkaian yang besar dalam jualan Sport Toto Di seluruh Negara termasuk 4D Magnum.

Namum dalam masa yang sama, kami faham akan masalah atau dilema yang akan dihadapi oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah judi haram dan judi kecil –kecilan. Di anggarkan lebih 4000 pusat judi haram yang beroperasi di Selangor yang menyebabkan kerajaan kehilangan sumber pendapatan melalui cukai.

Pemberian lesen kepada Ascot Sports Sdn. Bhd dapat mengurangkan aktiviti pertaruhan haram di Malaysia yang dikatakan berlakunya pengaliran wang ke luar Negara melalui pertaruhan online kepada syrikat-syarikat perjudian luar Negara. Industri pertaruhan bola sepak membabitkan rakyat Malaysia sudah mencecah sehingga RM 20 bilion setahun.

Di ketahui juga bahawa kerajaan berhadapan dilema sekiranya skim pertaruhan sukan tidak dikawal selia oleh kerajaan sendiri. Ini kerana, banyak wang telah diraih oleh sindiket-sindiket perjudian haram yang dikuasai oleh kumpulan jenayah terancang atau lebih kita kenali sebagai kongsi gelap dan gangster. Dengan adanya wang yang banyak ini memudahkan mereka untuk membiayai kegiatan jenayah lain.

Kami sedia maklum bahawa Kerajaan sukar mengambil tindakan kerana permintaan atau demand terhadap pertaruhan sukan seperti bola sepak ini sangat besar pengaruhnya di Malaysia. Jika dihalang terus penggemar sukan ini akan mencari jalan lain untuk meneruskannya. Justeru kami percaya kerajaan telah mempunyai data-data dan berpendapat sudah tiba masanya industri judi haram ini disekat dan dikawal melalui saingan yang berada di bawah undang-undang kerajaan. Kami menaruh harapan dengan adanya syarikat judi sukan yang berlesen ini kerajaan dapat mengawasi urusan kewangan dan memastikan mereka juga tidak menggunakan dana pertaruhan yang besar ini untuk kegiatan berunsur jenayah lain termasuk merasuah ahli sukan.

Selain itu, kami dikhuatiri hasil judi haram menyebabkan kumpulan jenayah di negara ini semakin kuat dan menjadi-jadi, ini kerana mereka mempunyai peguam-peguam yang hebat dan mampu memberi rasuah yang besar bagi memastikan mereka terlepas dari undang-undang negara. Malahan terdapat sesetengah ahli-ahli politik yang dibiayai oleh sindiket-sindiket jenayah melalui kegiatan perjudian haram bagi menjaga kepentingan mereka. Kita juga dapat lihat muncul kumpulan-kumpulan hak asasi tertentu di negara ini yang begitu lantang bersuara dan bergitu berani menjaga kepentingan penjenayah dan memburukkan polis.

Kami mengharapkan Apabila kerajaan membenarkan pertaruhan untuk sukan ini bermakna kerajaan boleh mengawal industri perjudian dan memastikan ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat terutama yang beragama islam. Kerajaan boleh mengawal kegiatan ini dari membabitkan golongan bawah umur, penganut agama Islam dan sebagainya.

Namun demikian sebagai orang beragama Islam, kami mahu jaminan kerajaan bahawa syarikat ini tidak akan mengambil sebarang pertaruhan dari kalangan orang yang beragama Islam. Kami juga mahukan jaminan bahawa lesen syarikat ini akan ditarik balik serta merta jika terdapat bukti mereka mengambil pertaruhan di kalangan orang yang beragama Islam. Selain itu, kerajaan sewajarnya menggunakan sebahagian cukai dari syarikat perjudian bagi mendidik pelajar dan remaja mengenai keburukan berjudi.

Kami mewakili rakyat yang beragama Islam di Negara ini meminta kerajaan mengenakan tindakan yang tegas kepada pemilik-pemilik syarikat judi yang menjual atau melibatkan rakyat yang beragama Islam tanpa memilih “kasih” atau “bulu” menjaga maruah agama yang tercinta.

Namun jaminan yang kami harapkan haruslah diikuti dengan pengenalan mekanisme bagi mengawasi bahawa syarat yang diletakkan oleh kerajaan dipatuhi oleh syarikat terbabit, bukan sekadar “janji dan omong kosong” untuk meredakan kemarahan rakyat yang beragama Islam.

Oleh ,

Mohd Razlan Muhammad Rafii (Ketua Pemuda UMNO Seputeh)

Bersama-sama dengan Jawatankuasa.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Kuala Lumpur.





9 comments:

MPP said...

Tahniah buat tuan dan rakan2 didalam jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Seputeh kerana berani menyatakan yang benar.

Semoga perjuangan tuan2 semua diberkati Allah swt.

Anonymous said...

TAHNIAH UMNO SEPUTEH KERANA ANDA ADA PENDIRIAN DAN BUKAN JADI PAK TURUT @ YES MAN SEMATA-MATA.ANDA KALIAN BERANI MENYATAKAN YANG HAK TANPA SEBARANG KOMPROMI.TERUSKAN LAH AGENDA PERJUANGAN ANDA BAGI MEMARTABATKAN ISLAM KE TEMPAT SEWAJARNYA,DAN KEPADA UMNO CAWANGAN LAIN CUBA AMBIL IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI UMNO SEPUTEH,BERANI KERANA BENAR DAN BERMARUAH ITULAH PRINSIP PERJUANGAN SEBENAR.

RBF Online said...

saya sokong 100 %

terutamanya perenggan ke dua dan ketiga terakhir.

orang bukan islam nak berjudi biarkan mereka berjudi. kerajaan kena pastikan yang org islam tidak terlibat.

jika terlibat tindakan tegas terhadap pembeli dan penjual.

SangKunang said...

tahniah pemuda umno parlimen teresa cock....

teruskan berjuang atas nama agama, bangsa dan negara

pisau said...

tahniah!

Anonymous said...

Tahniah saudara.Inilah yang orang Melayu inginkan.Saya sebagai bekas Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Batu Gajah amat kagum dengan keberanian saudara yang berani berdepan dengan Menteri.Tiada siapapun yang boleh menghalalkan yang haram.Saya berkeyakinan penuh dengan cara kepimpinan yang saudara ingin terapkan terhadap perjuangan pemuda.Teruskan, Saudara tidak berseorangan dalam perjuangan ini.
lie134@yahoo.com

Anonymous said...

Salam,

Perjuangan karomah ini tidak akan berakhir. Tahniah pada pejuang-pejuang Seputeh kerana bergerak mendahului yang lain.


-Melayu Bangkit!!!-

Razlan said...

Terima kasih kerana menyokong tindakan Pemuda Seputeh ..

Sokongan ini akan memberi kekuatan lagi kepada saya dan pergerakkan Pemuda Seputeh..

Didalam kita membantah, kamu juga ada cara dan budaya yang berlainan daripada pembangkang yang pastinya jauh lebih tidak bermoral dan tidak bertanggunjawab ...

Apapun .. kekuatan ini seharusnya dilihat daripada desakan dari golongan muda yang tidak mahu bangsanya terjebak di alam keruntuhan moral yang melampau ...

Keyakinan rakyat bukan sahaja dilihat dari segi pembanggunan, rasuah, service wakil rakyat .. tetapi PENGUATKUASAAN juga harus di titikberatkan di setiap langkah dan tindakan Kerajaan ..

sekian ....

auraputih said...

berani kerana benar..
salah tetap salah..
jangan berkompromi dalam perkara sebegini..
tahniah Seputeh..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...