Siapakah yang hendak kita Puaskan?
Salam YAB Dato Sri Najib,
MEB yang dicadangkan tidak akan memberi kebaikkan kepada Rakyat Malaysia Pribumi. Memang benar sekiranya kita melihat perubahan di sekitar Dunia, kaum minoriti akan berkuasa dari segi ekonomi di banyak Negara.
Akan tetapi, ianya boleh diubah dan di tukar sekiranya kita mempunya pemikir yang mencari formula dari luar pemikiran barat atau mereka bukan dari golongan yang meniru cara barat.
Apabila kita meletakkan tanggal 2020 untuk mencapai negara Maju, Siapakah yang kita hendak puaskan? adakah kita mahu puaskan hati sesetengah pihak demi untuk memastikan agenda Negara Maju dicapai? Ataupun sekadar ingin melihat negara kita maju walaupun kita sedar bangsa kita masih jauh ketinggalan dari segi penyediaan untuk menerima negara Maju.
Saya melihat, model ini tidak memberikan kebaikkan kepada :-
1. Rakyat Pribumi - Mereka masih lagi tidak bersedia untuk menempuh dunia perniagaan yang terbuka dan mempunyai padang samarata.
2. Peniaga kecil,sederhana dan besar(baru) - Dengan pendekatan sekarang pun kita masih lagi tidak dapat membina empayer atao EKOSISTEM yang mesra peniagaan kecil dan senantiasa melihat gergasi peniaga mendapat projek-projek kecil, adakah kita pasti dengan keterbukaan dan padang samarata akan membolehkan persaingan yang sihat atau adil ?
3. Melayu Bandar - Orang Melayu Di bandar akan ketinggalan dan dikepikan oleh sistem kita sendiri. Dengan berpaksikan keuntungan, tanah dan tempat stretegik tidak akan mampun dimiliki oleh Melayu Bandar yang tinggal dibandar dan akhirnya mereka yang duduk disini hanyalah orang asing dan kaum cina yang memegang ekonoi.
Akhir sekali, Siapakah yang hendak kita puaskan didalam membina sesebuah negara Malaysia. Sekiranya kita hendak memberikan kepuasan itu kepada Rakyat Mejoriti, Dasar yang dicadangkan hendaklah Mesra Melayu.
Mereka yang berpendapatan rendah kita naikkan gaji mereka kepada yang sepatutnya.
Sektor GLC mesti mempunyai dasar Mesra Melayu, yang mana mereka tidak melakukan ini selama berpuluh tahun menjadi syarikat yang sepatutnya membantu orang Melayu.
Bank-bank Kerajaan mesti diperkasakan untuk memberikan keadilan kepada peniaga Melayu untuk bersaing secara adil dan saksama.
Inilah yang seharusnya kita buat sekiranya kita mahukan Negara ini mempunyai Acuan dan Gaya hidup tersendiri tanpa mengikut trend dan BUKU Barat !
Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
1 comment:
Jawapan=jawapan yg mungkin PM beri... "Ada aku Kesah"..." Awak siapa"... "Jangan campuri urusan kerajaan".... " Kita tahu apa yang sedang dan akan lakukan"..."Kita nak martabat maruah orang Melayu.. kita tak nak orang Melayu @ Bumiputra asyik meminta-minta.. pasal kita tak akan beri lagi"...
Lupakan aje la surat tu..
Post a Comment