Monday, December 28, 2009

PAS hilang keyakinan penyokong.

Penyokong PAS telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan dan prinsip yang di perjuangkan oleh PAS selama ini. Ini berikutan daripada demontrasi yang dijalankan oleh GKPPNS di hadapan Pejabat Perhubungan Negeri PAS Selangor baru-baru ini.

Rakyat sudah sedar, drama dan sandiwara yang sedang dilakukan oleh kepimpinan PAS sedia ada sering bertolak ansur dengan Pakatan Pembangkang untuk terus berada di bawah pengaruh Pakatan Pembangkang yang mabukkan kuasa Politik.

PAS kene sedar, penyokong parti akan tetap menyokong kita sekiranya kita teguh berpegang terhadap perlembagaan dan prinsip parti yang kita perjuangkan, tidak kiralah parti mana, Penyokong tidak akan bertolak ansur dengan Pemimpin yang tidak mempunyai Prinsip.

PAS sudah hilang kredibilitinya kerana sanggup berkompromi dengan DAP dan PKR yang sering kali dilihat bercangah dengan dasar-dasar yang hendak diperjuangkan oleh PAS.

Lihat sahaja Hassan Ali, di tekan dan disiasat dan bakal diambil tindakan oleh PAS Pusat, hanya kerana ingin melaksanakan undang-undang syariah dalam kerajaan Selangor. Apa ertinya ada kuasa tapi bila nak digunakan, hidung kita ditarik dan tangan kita di ikat, mulut dikunci.

Ini berbeza ketika kerajaan BN memerintah, kedai-kedai arak dan disko haram, JAIS bebas menjalankan undang-undang dan menguatkuasakannya, tidak akan ada pihak menghalang atau berani mendesak untuk menahan operasi JAIS.

Suka saya ingatkan Mahfuz, jangan sedap mulut nak tuduh orang UMNO mendalangi demontrasi itu, kalau kita seorang yang cerdik dan pandai, tidaklah kita persalahkan orang lain kerana masalah dalam keluarga, selesaikan dahulu masalah dalam keluarga anda dan jangan dok alihkan masalah hilang keyakinan peyokong PAS kepada UMNO.

UMNO dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah mengubah dasar dan pendirian Parti, Perlembagaan kami cukup jelas, berkongsi kuasa dan memartabatkan Agama, Bangsa Dan Negara. Bukan seperti PAS yang dahulunya janji nak tutup kilang Arak sejurus sahaja memerintah Selangor, hari ini sudah 1 tahun lebih, kilang yang dijanjikan nak ditutup masih lagi segar dan lebih meburukkan lagi bertambah lagi Disko dan pusat hiburan berlipat kali ganda.

Jesteru itu, Penyokong kita akan tetap menyokong selagi kita adalah insan yang berpegang teguh kepada prinsip dan pendirian parti, kalau kita dah jadi rojak, kejap boleh, kejap tak boleh, mana ada manusia yang akan percaya kat kita.

1 comment:

mrf said...

hmm..memang betul tu..tapi apa nak buat..apa aja yang org pas dan pkr ckp, semua percaya, semua telan bulat2..sebenanya bukan apa, mereka ada isu yang ada kaitan dgn masyarakat,tak kira la isu tu besar atau kecik, rekaan , fitnah atau fakta..yang penting isu itu dekat dgn masyarakat. sebab itu la sekarang ni apa-apa pun yang pembangkang cakap, semua percaya bulat2..apa yg penting org umno sendiri kene cepat2 pantas dan buat caounter attack balik bile kene serang..ni tak..kalau tak diam, serang balik pun delay, dah la delay, serangan balas yg tak efektif pak tu..so mcmana masyarakat nak percaya.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...