Monday, March 30, 2009

Bersatulah Kembali

Salam Pejuangan,

Kekalahan adalah adat pertandingan, diantara 3 calon, sudah pasti 2 akan kalah, diantara 65 calon sudah pasti 45 yang kalah. Jesteru itu, anggaplah ianya suatu kuasa Allah yang menentukan, dan kita sebagai manusia hanya sekadar boleh merangcang.

Agenda penyatuan dan kembalikan kepercayaan rakyat perlu kita realitikan. Semua yang bertanding mengikut kem-kem yang berbeza-beza perlu akur dan terima ianya sebagai suatu yang ketentuan olehNYA. Inyallah sekiranya diberkati, akan kita diangkat ke tempat yang sepatutnya.

Sekiranya nama kita telah di tulis di Luh Mahfus, percayalah ianya akan menjadi kenyataan dan sebagai seorang hamba Allah, kita hanya perlu berusaha kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal kita perolehi.

Saya menerima kekalahan ini degan hati yang terbuka, dan saya menyeru juga semua sahabat yang diluar parti dan juga didalam parti untuk menerima dan MESTI kita rapatkan saf kita untuk berperang musuh yang lebih besar, iaitu Pakatan Rakyat.

Musuh orang Melayu dan si Kitol ini perlu kita nyahkan dari arena politik negara. PAS yang bersekongkol dengan DAP perlu kita goyangkan agar orang Melayu didalam PAS sedar dan insaf akan bahana yang akan di berikan oleh Allah sekiranya kita bersengkonkol dengan orang Kafir yang Menghina Agama Islam.

Marilah kita bersama-sama berkerja dan kembalikan keyakinan rakya kepada UMNO, kepada Pemuda UMNO. Kita sebagai Pemuda perlu mempertahankan Institusi ini dengan sebaiknya. Itu merupakan ikrar Calon-calon Ketua Pemuda, dan jadikan ianya realiti.

Bersatulah Kembali.

5 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah...

Bersatulah menerima rasuah.

Ada yg kena berhenti jadi Menteri...ada yg boleh jadi Ketua Menteri (kata Najib)...Tun kata tak boleh.

Sendiri mau la...

add

Generasi Muda Tikam Batu said...

Aku ingin mengucapkan tahniah kat hang coz sanggup menerima kekalahan.Kegagalan pada hari nie bukan bererti kita gagal buat selama-lamanya. teruskan perjuangan wahai sahabatku...

Anonymous said...

saya tak nak bersatu dengan orang tingkat 4,saudara KP jalan la seiringan di belakang KJ,
...

saudaraku razlan,
blog ini saudara yang punya,saudara kalau tak setuju dengan sesuatu polisi,atau sesuatu perkara yang KJ maupun KB kita lakukan > suarakan laaaa.

jadilah org seperti che det,berani mengkritik.kita bangsa berprinsip,jangan hipokrit.
kalau UMNO takut pada kritikan,maknanya UMNO masih tak berubah,bukan tranformasi UMNO -tranformasi AF namanya nih.

saya sebagai orang muda UMNO masih mengharapkan sesuatu dari UMNO,...berjaya atau tak UMNO menambat hati org muda.

buktikan undi kami kepada saudara berbaloi.

Anonymous said...

Lan,
tahniah aku ucapkan kerana hang seorang manusia yang berani bertanding.teruskan kerja buat hang untuk Agama, Bangsa, Parti dan Negara.


cikgu sp

piut panglima kasim said...

kini sudah tiba masenya utk kita
bekerja utk mase depan yg lebih terjamin bukan utk mase depan poket sendiri !

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...