Wednesday, April 08, 2009

Gusar Gelisah.

8 April 2009 - Kekalahan yang dihadapi oleh BN di dua Bukit merupakan satu tamparan bagi orang Melayu. Dan saya percaya, mereka yang taksub kepada Anwar akan suka dan gembira melihat kemenangan yang mereka perolehi.

Hari ini, sekiranya orang UMNO bercakap yang adanya agenda disebalik kemenangan PR di dua tempat ini, orang PR Melayu tidak akan percaya.

Mereka lebih suka percaya kepada kemenangan yang akan diperolehi walaupun ianya mengadai maruah dan bangsa Melayu.

Sepanjang kempen, kita melihat pelbagai taktik kotor yang telah digunakan oleh PR, dan mereka sanggup membenarkan Pemimpin Cina menggunakan Ayat-ayat Suci Al-Quran untuk berkempen. Dan ianya telah diluluskan oleh Musridul Pas.

Pada masa yang sama seluruh Mufti telah merujuk kepada kesalahan dan penghinaan kepada Islam sekiranya orang CINA ini menggunakan ayat Quran.

Apapun, orang Melayu didalam kerugian sekarang. Kita tahu, bangsa lain tidak akan menyokong kita, ini adalah kerana banyak permintaan bangsa ini telah dipenuhi oleh PR. Hak Keistimewaan orang Melayu telah dijual untuk mendapatkan kuasa.

Kuasa Penentu yang dipegang oleh bangsa lain.

Gusar Gelisah bukan kerana takut akan kekalahan, tetapi gusar gelisahku ini melihat anak bangsa Melayu dan Orang Melayu yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa.

Melayu PR mungkin gembira kerana mereka telah membuktikan kesabaran mereka telah dibayar dengan kemenangan. Buat apa pun, hari ini mereka tetap percaya Kemenangan ini merupakan rahmat dari Allah.

Tetapi, Allah bukan sahaja boleh memberikan kemenangan untuk menunjukkan kebaikkan, kemungkinan juga kemenangan ini merupakan satu hukuman kepada orang Islam di Malaysia.

3 comments:

Sham KEP said...

Steady lah Yeop ...

Anonymous said...

Rakyat taknak org tamak, rakus, mabuk kuasa dan menghalalkan rasuah.

Nak kena hukum...hukum semua...tak kira parti atau bangsa.

Tu baru namanya rakyat Malaysia...sama sama bayar cukai la.

Meor

revolusi tentera sabil said...

Ketika dan sebelum PRK berlangsung ... saya banyak menyoalkan tentang apakah mungkin UMNO akan mendapat kemenangan ...

Saya soal kepada ramai org2 UMNO termasuklah Ketua Cawangan saya ... mereka semua memberi jawapan positif - UMNO akan menang, cuma seorang saja ahli UMNO menyatakan sebaliknya.

Ini sudah membuktikan bahawa dikalangan kita terlalu over-confident dalam sesuatu pertandingan.

Future Studies U.Malaya pun menyatakan UMNO akan kalah dalam undi sekian-sekian > malah perkiraan mereka kena sehingga 70 - 80 peratus.

Mereka juga memberi beberapa idea bernas untuk memperoleh kemenangan, tetapi idea org2 pandai begini pihak UMNO tak ambil peduli atau mengkin (MUNGKIN) org2 tinggi UMNO takut jikalau mereka naik kerana idea dan wawasan golongan ini akan menggugat mereka.

Sebagai contoh di Awani Astro ... seorang prof menanyakan tentang tahap keyakinan UMNO untuk menang > kerana calon datang dari tempatan ... prof itu tanya (bersiaran langsung) : siapa yang minta calon itu tempatan? adakah rakyat atau UMNO sendiri?

Betul gak prof nih, dah nama prof mesti idea atau cakapnya boleh dipakai.

Berapa banyak PRK yg UMNO dok kata boleh menang kerana calonnya datang dari penduduk tempatan... semua tewas ...

Lepas nih Penanti ade PRK, lepastu confident menang and keluar statement calon kita calon tempatan.

* Adakah rakyat mintak atau UMNO yang main suka2 letak ???
To UMNO : tak semestinya menang kalau letak wakil tempatan, cuba2 letak calon dari luar,org UMNO yg berkebolehan.

Semoga kemenangan bersama dengan orang yang benar.

Wilayah hantar 128 Atlet wakili Sukan Sea

Seramai 128 orang atlet daripada 844 orang atlet Malaysia adalah atlet Wilayah Persekutuan akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sukan SEA...