"Angota keselematan melakukan DEMO CPR. Program yang diadakan di Dewan Taman Salak Jaya, anjuran Biro Penerangan dan UMNO Cawangan TSJ"
Permintaan MIC untuk mendapatkan jawatan Menteri kanan merupakan suatu yang tidak masuk akal.Umum tahu pada waktu ini MIC berada di tahap yang amat rendah dan pada masa yang sama Ketua mereka langsung tidak mahu menyedarinya.
Sekiranya UMNO sudah tahu apakah yang perlu dilakukan untuk menguatkan parti, tetapi MIC seumpama macam tidak menyerdari apa yang berlaku didalam arena politik negara selepas PRU12 dan kekalahan calon mereka di bukit Selambau.
Pada masa setahun dua ini, sekiranya kita sayangkan kepada BN, Parti-parti komponen sepatutnya memberikan kepercayaan yang 110% kepada PM. Dasar dan susunan kabinet semestinya diikuti oleh semua Ketua-ketua parti.
Persepsi yang baik-baik mesti dimainkan oleh semua parti komponen. Dan sekarang bukan masanya untuk meminta-minta. Lakukan kerja di bawah dahulu. Kembalikan dulu kepercayaan kaum masing-masing dan yang paling penting, sekiranya kita sudah tidak diterima oleh kaum kita, pandai-pandailah.
Dasar Perdana Menteri untuk melakukan yang terbaik untuk Rakyat sepatutnya dipahami oleh Pemimpin Kaum India di MIC. MIC telah ditolak seluas-luasnya oleh kaum India. Dan sudah pastinya sekiranya PM meletakkan wakil MIC sebagai menteri Kanan, sudah pastinya ianya bukan suatu yang mengikut kehendak rakyat.
Hari ini, Parti komponen seharusnya memainkan peranan yang sama seperti UMNO. Sudah masanya UMNO dan Parti komonen berkerja bersama-sama, bukan sahaja di peringkat atas, tetapi ianya mesti dilihat dimerata negara, di pelusuk kampung agar kepercayaan rakyat dapat kita kembalikan.
Bukan lagi kerja-kerja BN dijalankan oleh kaum Melayu sahaja, semua parti komponen seharusnya memainkan peranan yang lebih besar didalam megembalikan kepercayaan kaum mereka kepada BN.
Sekiranya MIC mahu keluar daripada Barisan Nasional, pendapat peribadi saya, eloklah mereka memikirkan kemana arah dan tujuan mereka selepas ini.
Jangan nak di ugut sekiranya kita tahu kita tidak mempunyai kekuatan, nanti malu sendiri. Sekarang bukan masanya untuk meminta, sekarang masanya untuk buat kerja.
"Antara AJK Bahagian yang hadir ke Majlis Penerangan Boikot Barangan USA, Program diadakan di Perkarangan Dewan Taman Salak Jaya"
"Dari kiri : Sulaiman, Dr Tiew, Dato Zulhasanan, Razlan dan Tuan Nik. Didalam Majlis Penyampaian hadiah di Score Arena, Pertandingan Futsal Terbuka Piala Dr Tiew, anjuran Rumah Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Wilayah Dan Selangor"
"Dari kiri : Sulaiman, Dr Tiew, Dato Zulhasanan, Razlan dan Tuan Nik. Didalam Majlis Penyampaian hadiah di Score Arena, Pertandingan Futsal Terbuka Piala Dr Tiew, anjuran Rumah Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Wilayah Dan Selangor"
No comments:
Post a Comment