Wednesday, March 04, 2009

Warisan Bangsa Menaikan Semangat Melayu.

Pemuda Cawangan Panglima Garang telah melancarkan kumpulan kompang Wawasan Bersatu yang dibawa khas dari Tanjung Malim.
Semangat yang ditunjukkan oleh adik-adik kita dari Tanjung Malim ini telah memberikan suntikan semangat bagi generasi muda di Bandar.

Didalam keadaan bangsa Melayu yang tidak dihormati sekaran, kebudayaan dan warisan memainkan peranan yang penting untuk menaikkan dan menanam semangat jati diri kemelayuan ke setiap diri anak-anak Melayu.


Usaha Ketua Pemuda Cawangan(AJK Pemuda Bahagian), Kassim didalam menghidupkan warisan bangsa ini diharap akan diikuti oleh semua lapisan pemimpin di peringkat cawangan.

Sekiranya kita dapat menanamkan dan menyuburkan kembali semangat Kesultanan Melayu, Insyallah tidak akan ada bangsa lain yang berani untuk menghina Raja dan Sultan.

Insyallah anak-anak Melayu akan keluar beramai-ramai untuk membantah siapa sahaja yang menderhaka kepada Sultan.
Kecewa apa yang terjadi pada hari ini setelah melihat tidak ada kumpulan besar yang mengumpulkan berpuluh ribu orang melayu walaupun Sultan dan Raja kita sudah dipijak dan dihina.

Orang Melayu hari ini sudah lupa akan benteng terakhir dan orang Melayu pada hari ini sudah lupa tentang kedaulatan kepada Raja.

Diharapkan agar aktiviti warisan bangsa kita seperti Silat, Kompang, Zapin, Takraw dan juga lain-lain dapat disemai agar kita dapat menghayati kembali Daulat Raja-Raja.

Dan suatu hari nanti, Insyallah kita akan mengumpulkan kembali Panglima-panglima perang Melayu secara langsung memberi amaran kepada mereka yang Menghina dan mahu menghapuskan Kerajaan Beraja.

2 comments:

Anonymous said...

Dan suatu hari nanti, Insyallah kita akan mengumpulkan kembali Panglima-panglima perang Melayu secara langsung memberi amaran kepada mereka yang Menghina dan mahu menghapuskan Kerajaan Beraja.

ye memang betul ungkapan diatas,kita boleh mengumpul beribu-ribu bala tentera... tentera saja,panglima saja tetapi semua kosong,persediaan tak ada ..ilmu kosong.

sebagai contoh sekarang,silat adalah warisan bangsa,berapa ramai kaum kita sendiri yang belajar silat... tepuk dada tanya selera,

soalan capumas yang sentiasa ditanya oleh orang tua saya sendiri,...berapa ramai orang kita yang memiliki senjata atau menggantung senjata (keris,parang) dirumah...

tak payah nak bercerita berkobar2,nak turun perang,nak bergaduh ..pesediaan ape yang kita ada jika tercetusnya sesuatu yang tidak diingini,sekarang dah terbukti ada pihak memperlekehkan bangsa agama kita,akan datang tah ape lagi kianat nak timbul dari pihak ini,so ape yang boleh kita buat???

senjata pun takde,langkah elak pun tak reti,nak bertarung?

lu pikir la sendiri... melayu dah leka bila selesa?

revolusi tentera sabil

Razlan said...

saya percaya dan sependapat dengar saudara ..

tetapi .. kita perlu berusaha .. dan sekiranya ada senjata tiada semangat .. tidak jalan juga untuk kita berperang ..

kedua-dianya perlu ada ..

positif lebih elok daripada kita berangapan negatif ..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...