
Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, rakyat kini sudah menanggung beban akibat pelbagai kenaikan dan yang terbaru, kenaikan harga gula dan kini, tarif elektrik.
“Saya amat berharap kajian segera dan mendalam dapat dibuat agar sebarang kenaikan kelak tidak akan membebankan rakyat. “Selain itu, kerajaan perlu semak semula perjanjian bersama Independent Power Producers (IPP) kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai bahan api yang mencukupi dan kita tidak memerlukan IPP,” katanya. Beliau berkata, isu IPP ini juga dibangkitkan dalam Mesyuarat Agong UMNO yang lalu, namun masih lagi tiada jalan penyelesaiannya.
Katanya, kerajaan harus menyemak semula semua perjanjian tersebut demi kepentingan rakyat. Oleh sebab itu, Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh menentang sekeras kerasnya sebarang kenaikan harga tarif elektrik yang bakal membebankan rakyat dan meminta supaya kerajaan membuat kajian dengan teliti dengan mempamerkan hasil kajian kepenggunaan IPP terhadap TNB dan rakyat.
1 comment:
Biasanya naik selepas pilihanraya
Post a Comment