Monday, February 22, 2010

Kunjung hormat ke Kementerian Pengajian Tinggi.


22hb Feb 2010 - AJK Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah berkunjung ke Kementerian Pengajian Tinggi. Lawatan ini bertujuan untuk berjumpa dengan Setiausaha Politik kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Saudara Khairi Malik, bag bertukar pandangan dan mendapatkan maklumat tentang usul yang telah kami bentangkan pada tahun lepas.

Pada mesyuarat Pemuda tahun lepas, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah mengusulkan topik yang berkaitan dengan Kementerian ini dan ianya telah mendapat kelulusan dan dilaksanakan sebagai dasar kerajaan.

Usul untuk menukar Pinjaman PTPTN kepada Biasiswa kepada yang cemerlang telah diterima dan diluluskan pada Perbentangan Belanjawan tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri, dalam masa yang sama juga usul kami berkaitan dengan peranan IPTA dan IPTS untuk melahirkan generasi ilmuan yang berkualiti.

Menurut Saudara Khairi Malik, satu agensi (IKAPT) yang dibawah Kementerian merupakan agensi yang bertanggunjawab tentang melihat kualiti silibus yang diajar didalam IPTS/A dan ianya adalah untuk menjamin graduan yang dilahirkan nanti adalah yang berkualiti.

Berkenaan dengan pembanjiran pelajar asing di negara ini dan juga penyalahan gunapakai pas pelajar oleh pelajar asing. Pihak Kementerian melaporkan terdapat 4% kes pelajar asing yang salahguna pas pelajar dan ianya merupakan jumlah yang kecil, walau bagaimanapun, Kementerian mengambil serius terhadap perkara ini dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana IPTA/S yang didapati tidak memantau pelajar mereka.

Hasil daripada perjumpaan ini, Biro Pelajaran/IPT Pemuda Bahagian Seputeh telah diamanahkan untuk membantu anak-anak Seputeh yang cemerlang untuk mendapatkan tempat yang sesuai di IPTA/S, dan pihak Kementerian akan membantu mereka yang layak.

Pemuda Seputeh juga akan memainkan peranan yang penting untuk memantau pergerakkan IPTS didalam Wilayah agar mereka ini sering mengikut dan menjalankan aktiviti pengajian tinggi tanpa menyekat pergerakkan mereka-mereka yang beragama islam.
Sementara menunggu masa ke KPT, AJK Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkunjung ke Kementerian Belian dan Sukan, Pejabat Timbalan Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Dato Razali Ibrahim. Bergambar bersama kami, Saudara OYA.

1 comment:

Anonymous said...

huhuh semua seputeh"hensem..aa.."mantap seih..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...