Dalam permilihan yang akan datang, kemungkinan akan diberikan kelongaran kepada Calon-calon untuk berkempen, tetapi hanya untuk sehari.
Berkempen di dalam UMNO sebelum ini diharamkan untuk membendung gejala politik wang atau rasuah politik. Akan tetapi, hampir semua calon-calon tetap berkempen dengan menggunakan agen-agen, dapatkah kempen sehari ini membendung calon-calon daripada berkempen lebih dari sehari?
Benarkah kempen sehari ini dapat mencapai objektif untuk membendung perkara-perkara ini?Pada pendapat saya, sudah tentu tidak, agen-agen tetap akan berjalan membuat aturan perjumpaan untuk calon-calon.
Politik wang atau rasuah politik akan tetap ada, mereka-mereka yang akan bertanding tetap akan mencari jalan dan cara bagaimana untuk berkempen. Untuk kita membendung perkara ini, perkara yang paling penting adalah tahap kesedaran kepada para perwakilan dan calon itu sendiri.
Pada tahun-tahun yang lepas, para calon akan membuat perhintungan dengan perwakilan secara senyap-senyap, tetapi tetap akan tawar menawar, ataupun kontra-mengkontra, beli-membeli, ini semua akan tetap ada jika berkempen di benarkan ataupun tidak. Cuma senyap atau terbuka sahaja.
Para perwakilan pada hari ini sudah matang, dan undi itu rahsia, jadi biarlah kita memberikan garis panduan untuk berkempen sahaja, jaganlah melarang dari berkempen. Jika terdapat garis panduan itu tidak di patuhi, siasat dan kenekan tindakan, ini lagi senang untuk membendung politik wang kerana keterbukaan ini boleh digunakan oleh wakil-wakil Jabatan Disiplin menyelunap masuk di kalangan agen-agen.
Berkempen adalah penting untuk memilih pemimpin, Saya suka melihat di peringkat bawahan, di peringkat sayap-sayap cawangan dan bahagian. Di peringkat ini, permilihan pemimpin muda mesti ada ruang untuk mereka berkempen.
Disini para perwakilan dapat melihat bagaimana kredibiliti calon-calon. Adakah calon-calon yang dipilih memenuhi kreteria yang sepatutnye, pandai perucap, mempunyai idea perubahan, mempunyai daya tahan yang kuat, dan berbagai cara boleh kita lihat apabila berkempen.
Kemeriahan semasa berkempen juga menyumbang kepada hidupnye parti UMNO itu sendiri, perjumpaan-perjumpaan membawa kepada perbincangan, dan dari ini, para akar umbi dapat lebih mengenali bakal-bakal pemimpin, yang lazimnye kita akan kehilangan mereka ini apabila menang kelak(terutama sekali yang jadi menteri/ADUN/Wakil rakyat) kerana kesibukan.
Keunikan berkempen ini semua akan hilang, dan takutianya akan memberi impak yang besar kepada parti UMNO. Kewujudan cara berkempen ada sejarahnye dan sebab itu jugalah berkempen dijadikan cara di musim pertandingan, tak kiralah di peringkat mana pun.
Mungkin Orang Di Atas hanya melihat buruk pada parti disebabkan terlampau banyak faktor tidak baik semasa berkempen, tetapi ini terjadi kerana garis panduan yang tidak di kuatkuasakan sebelum ini.
Monday, October 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
4 comments:
UMNO parti keramat??? kikikiki UMNO tu parti Bangsat!!!!!
Apsal blog ko ni takde orang komen??? Sbb kao tu tak glemer tapi nak glemerkan diri....
Alhamdullillah laa kepada komen-komen yabg diberi, walaupun keras, tetapi ianya menunjukkan keperibadian seseorang.
"Marah apabila orang cakap kita kurang ajar, tetapi, perlu kita cermin dengan penggunaan perkataan-perkataan kita"
Sedarlaaaaa ....
mari kita tengok segala penipuan yg berlalku bermula hari ini.hisham angkat keris sapa cabar aku aku tikam belakang.tengok anwar dah kena sapa nak kena?k.j ker... ni lah perangai pemuda umno tahu kumpul harta,buat harta dan jaga perut.tak berani menegur pada kebenaran..
Post a Comment