Monday, November 13, 2006

Usul, perbahasan dan perlaksanaan .....

Oleh. Md Razlan

Selamat Bersidang dan selamat berbahas kepada semua ketua-ketua, timbalan-timbalan dan naib-naib serta para perwakilan. Semoga pada tahun ini akan membuahkan hasil yang baik untuk kita terus meneraju Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Gamat atau tidak dewan perbahasan pada kali ini, marila kita saksikan bersama-sama, isu-isu Tun dan Pak lah di jangka akan hebat diperkatakan, tetapi janganlah sampai memburukkan pemimpin kita.

Tahun lepas Kak Rafidah lepas siksa apabila menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh para perwakilan, dan tahun ini akak kene jugalah menyediakan jawapan-jawapan untuk persolan yang akan di bangkitkan, terutama isu AP, saya jangkakan akan ada perwakilan membangkitkan isu ini.

Saudara Khairy, tahniah pada tahun lepas, tetapi tidak tahu tahun ini, dengar di bawah sibuk untuk membawa isu-isu saudara, tapi ini semua isu yang mudah,, yang penting agenda melayu dan juga agenda negara perlu diutamakan.

Para perwakilan, jangan dok syok dengan gosip politik je, tetapi kita lupa dengan dasar yang perlu kita bahaskan. Seronok dengan isu di atas, lupa kita dengan agenda yang lebih penting.

Ekonomi, tahap ekonomi orang melayu bagai mana, apakah langkah-langkah dan dasar-dasar yang perlu kita desak untuk pihak MT membuat perubahan, boleh kah kontractor Melayu berdaya saing sedangkan kontraktor bangsa lain dah jauh kedepan. Masih adakah Ali Baba di kalangan orang-orang UMNO. Berapa ramai graduan melayu yang masih menganggur, dan apakah langkah-langkahnye, Bagaimana kita nak mengetahui di mana tahap kemajuan perlaksanaan yang telah kita bahaskan tahun lepas. pikirkan.

Agama, agama islam dipermainkan oleh agama lain, mubaligh-mubaligh agama lain sepatutnya tidak boleh menghasut umat agama islam. Adakah kerjaan-kerajaan negeri membuat tindakkan kepada perkara-perkara ini. Isu halal kita macam mana, dah ditetapkan ke logo halal kita, dah di pastikan ke tahap Halal kita. Adakah saudara-saudara membuat kajian untuk membahas kan isu-isu ini.?

Sosial, Adakah penguatkuasaan baik sekarang, polis atau jabatan penguatkuasa yang lain dah cukup ke, bagaimana dengan mat rempit, bosia dan juga masalah GRO yang meluas di kalangan anak-anak melayu. Masih banyak ke mesin-mesin judi di kedai-kedai. Kes buang anak macam mana, dan banyak lagi, pikirkan dan bahaskanlah dengan cerdik dan pandai.

Ishh , banyak isu ni, tapi dengan harapan yang tinggi menggunung, luahan dan pandangan akar UMBI, saya harap pihak Majlis Tertinggi akan dapat mendengarnye dan melaksanaan dengan bijak. Terutama sekali kepentingan Melayu yang ada dari dulu perlu kita kekalkan, yang dah tergadai, perlu kita pikirkan bagaimana untuk mengambilnya kembali.

"Kita pastinye sudah silap jika kita telah membuat silap, tetapi jika kita tidak membetulkan kesilapan itu, ianya akan jadi dua kesilapan"

SELAMAT BERSIDANG.....

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...