Tuesday, December 05, 2006

Seputeh menbuahkan hasil ...




Oleh Md Razlan.

Telah 2 1/2 tahun Datuk Hisham Abd Majid menjadi Ketua Bahagian, kini telah menampakkan hasil. Rancangan-rancangan yang diketengahkan dari program "Anak kita harta kita" telah membuahkan hasil.

Anak Kita Harta Kita adalah satu kaedah untuk mengumpul maklumat ahli UMNO Seputeh. Maklumat ini akan digunakan bagi rancangan-rancangan pendidikan, ekonomi dan juga agama.

Tahun ini Seputeh telah berjaya menghantar 2 anak melayu ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran. Mesir dipilih kerana objektif untuk melahirkan generasi Ulul-Albab, generasi yang berpengetahuan luas di bidang agama dan akedemik. Alahamdullillah di dalam jangka masa 4-5 tahun seputeh akan dapat melahirkan anak melayu yang kita impikan, insyalallah.

Dengan anak kita harta kita juga sektor ekonomi telah di majukan, Koperasi Mega Seputeh di wujudkan bagi mennyalurkan peluang-peluang perniagaan kepada warga Seputeh. Penternakkan, pembungkusan kerepek dan perniagaan mee kuning telah berjaya di adakan, hanya tunggu masa untuk di beri kepada bakal-bakal usahawan di Seputeh.

Koperasi juga membuat perjanjian pendidikan dengan KPTM dan Politech MARA bagi mencari anak-anak melayu di Bahagian Seputeh yang ingin melanjutkan pelajaran, nilai tambah yang diberikan kepada mereka untuk memasuki IPTS melalui pihak koperasi adalah memberi jaminan pinjaman dan juga wang saku. IPTS ini dipilih adalah kerana kualitinya.

Tindakkan dan buah pikiran Ketua Bahagian Seputeh untuk membela anak-anak melayu di dalam bidang pendidikan perlu kita sokong dan diusahakan. Bukan senang untuk kita memperjuangkan anak-anak bangsa kita di dalam arena politik sekarang, bukan senang kita menghakis kata-kata yang tidak senang didengar dari pihak-pihak yang berkepentingan di dalam polotik, semua yang dibuat ada sahaja salahnya, tetapi dengan pergerakkan yang sedikit ini, hasilnya telah nampak.

UMNO di Bahagian-Bahagian lain perlu ada pelan rancangan dan tindakkan bagi memajukan anak bangsa, jika kita boleh bergambarajah semasa berkempen, tidak betullah jika kita tidak membuat pelan untuk melaksanakan tanggunjuwab yang di amanahkan kepada kita. Bak kata Dato Seri Najib "Tindakan tidak mempunyai rancangan adalah sia-sia, dan rancangan tidak ada tindakan pun sia-sia", Seputeh telah ada pelan Rancangannya, dan sekarang telah masuk kepada fasa tindakkan, dan sudah nampakpun hasilnya.

Syabas ....

3 comments:

Unknown said...

lan
ni aku punya

http://papamontel.blogspot.com

ni webcam kat rumah

http://papamontel.zapto.org/easywebcam.html

Unknown said...

Alhamdulillah.,pemimpin yang ikhlas sentiasa dipermudahkan dan diberkati ALLAH setiap apa yang dilakukannya. anak melayu yang masih tak sedar diri,terus mengutuk UMNO dgn berbagai penghinaan dan cacian,masih belum mendapat hidayahnya. suka atau tidak.,pada mereka2 itu, keselesaan hidup kita hari ini adalah hasil usha parti UMNO. parti2 lain apa motif perjuangan mereka?? kalau sekadar berjuang kerana individu tertentu, baik lupakan saja. tumpukan pada kerjaya dan rumahtangga. dosa pun tak banyak,dapat pahala lagi. hidup ni kalau sekadar dok cari kelemahan dan keburukan orang lain tanpa mencermin diri sendiri.,sampai bila2 pun org melayu akan layu... tak kira parti apa pun (dikalangan org melayu) yg memerintah.,jgn nak temberang la..

GiEyAn said...

Razlan...

Paparan berita tersebut adakah ianya ikhlas mencerminkan apa yang berlaku atau sekadar ingin menunjuk-nunjuk serta ingin mendapat perhatian?...
Fikir-fikir dan renung-renung kan lah...
Apa-apa pun tahniah dan terima kasih atas pujian ke atas ketua cawangan kami yang dikasihi...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...