Wednesday, February 14, 2007

Melayu yang masih di Takuk Lama

Oleh Md Razlan

Perangkaan JKR pada tahun ini mendapati sebanyak 85% ketirisan daripada kontrak yang di bekalkan kepada Bumiputera.

Perkara ini sering dibicarakan dan sering kali orang Melayu memberi tomahan kepada individu yang menjadi Ali baba.

Jesteru itu, boleh dikatakan Melayu masih lagi di takuk lama, program-program yang dirangka oleh kerajaan masih lagi di salahgunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai cara digunakan untuk membendung perkara ini berlaku, tapi statistik yang ditunjukkan masih lagi menunjukkan melayu tidak pernah sedar dari dijajah.

Didalam dunia perniagaan, inilah hakikatnya, apa sahaja peluang yang terhidang, perlu kita rebut. Keuntungan adalah faktor utama. Jati diri orang melayu yang ada di dalam sanubari sering kali kalah dengan kebendaan dan untung mudah.

Tetapi, betulkah mereka ingin memberikan projek kepada kaum lain, ataupun ianya lebih ekonomi apabila mereka mengadai kontrak yang di perolehi kepada kaum lain.

Adakah modal tidak ada sehinga mengadai projek kepada kaum lain, adakah Melayu masih lagi tidak mempunyai kepakaran untuk membuat projek.

Ini semua boleh kita jawab apabila melihat sendiri kerja-kerja yang dibuat oleh Orang melayu, Pekerjanya adalah Indonesia, orang Melayu datang melihat sahaja, pembekalnya cina, orang melayu hanya membeli, jadi, apakah peranan orang melayu di dalam projek ini?

Hanya menggunakan status Bumiputera dan sedikit modal untuk membuka pejabat dan membuat lisen perniagaan sahaja kut!

Sedarkah Orang-orang Melayu ini, anak-anak melayu masih lagi menjadi penghantar surat ke pejabat-pejabat, masih lagi bangga dengan motosikal mereka, bahkan kaum lain dengan umur yang sama telah lebih advance memikirkan untuk memiliki kereta dan rumah.

Sedarkah mereka ini, dengan tindakan mereka akan membantutkan lagi pembanggunan kaum mereka. Ternyata tidak sedar!

Nak tulis banyak-banyak pun, bangsa sendiri, UMNO telah usahakan untuk membantu Melayu bagi mendapatkan keistimewaan di negara sendiri. Tetapi adakah mereka-mereka ini sedar yang kuasa ini hanya sementara. Apakah yang akan terjadi apabila kita menjadi Negara Maju!

Masih adakah kuasa ini? Sampai bila kita boleh menahan kontrak sosial kita?

Wahai anak bangsa, bangung dan sedarlah, Malaysia telah merdeka 50 tahun, persiapkanlah diri untuk menempuh dunia yang lebih mencabar di dalam era globalisasi.

Setiap kontrak yang di gadai bermakna mengadai maruah diri dan membunuh anak melayu. Sedarlah laaaaaaaahhhhhhhh

Sekian.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...