"Semoga kita tinggalkan bumi Malaysia yang aman kepada adik-adik ini"
Assalamualaikum,
Menjelang 9 Januari 2012, Negara Malaysia akan mencatat
sejarah awal dalam buku soretan tahun 2012. Sudah pastinya di akhir tahun nanti
akan tercatat peristiwa yang perlu diingati, buruk baik coretan sejarah ini
akan ditentukan tidak sampai 24jam dari artikel ini ditulis.
Seperti apa yang terjadi pada perhimpunan Bersih sebelum
ini, media internet akan dijadikan medium untuk memberikan laporan secara
langsung daripada mereka yang berada ada di lapangan tempat kejadian.
"Lakonan Semasa Bersih 2.0"
Semasa demo Bersih 2.0, rakyat sudah tahu bagaimana mereka
memainkan provokasi melampau dimana laporan lakonan Suhardi yang kononya mati
semasa mengikuti perhimpunan Bersih 2.0. dengan niat mahu membawa lebih ramai
penyokong untuk memberi sokongan kepada perhimpunan ini.
Semalam, pihak polis sudah memberi kebenaran untuk Azmin Ali
dan rakan-rakan mereka berkumpul di tempat parkir kereta berdekatan di Mahkamah
Jalan Duta, ini merupakan satu kemenangan bagi pihak Penganjur. Kemenangan ini
sudah tentu akan digunakan secara total untuk memastikan seberapa ramai
penyokong Anwar Ibrahim berkumpul kerana peluang inilah yang mereka tunggu
sekian lama.
Azmin Ali sudah membuat ucapan terbuka mahu merobohkan
Penjara sekiranya Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam Penjara. Nik Aziz meyatakan
Anwar tidak bersalah walaupun beliau dijatuhkan hukuman Bersalah.
Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan mereka sudah
menjangkakan bahawa Anwar akan dijatuhkan hukuman Bersalah di atas tuduhan
meliwat Syaiful, dan dari awal lagi mereka meletakkan pendakwaan ini merupakan
konspirasi daripada kerajaan.
Tidak boleh dinafikan cetusan api semangat mereka semakin
menyemarak apabila mendapat kebenaran berkumpul, sudah pasti mereka akan
menggunakan setiap ruang untuk mencipta provokasi dan mencipta lakonan-lakonan
seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
Lakonan orang mati sudah dijangka, lakonan orang dipukul
polis sudah dijangka, lakonan anak kecil di hambat polis juga sudah
dijangkakan. Mereka akan menggunakan segala bukti yang ada untuk menghalalkan
mereka merarak ke seluruh Ibu Kota.
Marilah kita bersama berdoa agar negara ini senantiasa di
lindungi daripada anasir-anasir jahat yang mahu memecahbelahkan rakyat
Malaysia. Tidak ada kesudahan sekiranya setiap pembangkang mengambil jalan
mudah pergi je jalanan menuduh kerajaan
tidak berlaku adil kepada rakyat. Apa akan terjadi sekiranya berlaku perkara
yang sama sekiranya mereka memerintah.
Keamanan yang kita kecapi hari ini bukanlah suatu yang
datang bergolek, ianya hadir daripada pengorbanan dan kecerdikan para perjuang
kemerdekaan sebelum ini. Tidak dinafikan keamanan ini akan tercalar akibat dari
peristiwa esok yang mana perkara yang sama sudah pun berlaku di Mesir, Lybra
dan beberapa negara yang lain.
No comments:
Post a Comment