Setiap Ahli UMNO kalau membiarkan nama ini di hina dan dikutuk secara RASMI, kita layak pertahankan.
Mereka nak buat ceramah apa pun buat, kita tak pernah halang, tetapi sekiranya sudah menggunakan nama UMNO, orang UMNO layak hambat mereka kalau datang di kawasan kamu.
Saya mencabar gunakan slogan ini dan datang Seputeh. Kamu cabar ahli UMNO... adakah salah kita menyahut cabaran kamu ...
Blog yang kurang akal yang takut di ugut ... pangkalnya .. siapa yang cabar UMNO dengan tajuk ceramah kamu ?
Saya pernah juga buat posting yang sama .. atas dasar mereka menggunakan nama UMNO! disini
GEMPAR!! Ugutan Oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Untuk Halang Ceramah ABU Esok(9Mac) di Wangsa Maju
Seorang ketua pemuda Umno bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai. Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.
Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau", berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.
Umno cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.
No comments:
Post a Comment