Semalam YM Dato Tengku Adnan Tengku Mansor menyarankan Kadir untuk melepaskan jawatan sekiranya sudah tidak mahu lagi menjadi Pemimpin UMNO.
Sebelum ini juga saya ada menulis bahawa Kadiaq ibarat duri dalam daging didalam UMNO.
Klik Disini
Hari ini, satu lagi duri yang sekian lama terlekat pada UMNO sudah tercabut, hilangnya duri ini akan menyembuhkan luka dalam yang sering menganggu UMNO untuk terus menuju kemenangan pada PRU akan datang.
Saya cukup hormat kepada Tan Seri Isa Samad, Tan Seri Muhammad Taib dan Tan Seri Rahim Tamby Chick dan juga pemimpin-pemimpin lama yang masih teguh membela Melayu atas nama UMNO walaupun satu ketika dahulu diketepikan oleh kepimpinan UMNO dalam menjawat jawatan MENTERI.
Ternyata Pemimpin seperti Tan Seri Isa dan Muhammad Taib serta Rahim Tamby Chick mempunya daya juang dan semangat sayang kepada UMNO lebih tinggi sekira nak dibanding dengan Kadiq Sheikh Fadzir.
Setiap Parti mempunyai rahsia untuk menang di Pilihan Raya, cara kerja, cara kempen dan cara promosi yang berbeza-beza dan ini merupakan rahsia sesebuah parti. Cuma mereka yang menjawat jawatan tertentu sahaja akan mengetahui rahsia ini.
Tindakan Kadiaq yang sering menbuka rahsia walaupun ada rahsia itu tidak benar menunjukkan beliau merupakan seorang pengkhianat kepada parti UMNO.
Kadir serupa macam kulit bawang semangatnya, sedikir terusik habis dibuka rahsia dan menikam Parti yang sudah memberi beliau makan selama ini, belum sempat membalas budi UMNO yang menjadikan beliau Menteri dan Pemimpin Parti.. beliau sudah menikam Ahli UMNO dengan pelbagai pendedahan rahsia parti.
Ternyata UMNO tidak memerlukan pemimpin seperti ini, dan kepada sesiapa sahaja yang mahu mengkhianati kepimpinan UMNO dengan membuka rahsia Parti secara terbuka, eloklah keluar parti daripada menjadi duri dalam daging dalam perjuangan Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
No comments:
Post a Comment