Gambar hiasa : Pemimpin PH sedang berseronok makan bersama, merancang untuk melaga-lagakan Rakyat |
Seorang Pensyarah UKM diugut oleh Pakatan Harapan semata-mata memberikan hujah mengkritik Penjualan Aset Negara semasa era PH.
Kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh pihak PH selama ini sudah boleh di buang ke tong sampah, era kuku besi seperti yang di bangkitkan oleh YB Nurul Ezah sudah menjadi kenyataan sedikit demi sedikit.
Saya masih ingat, ketika BERDEBAT dengan Syed Sadiq di Sinar Harian,
dimana beliau menceritakan kisah Dongeng Rakan beliau yang di ugut
semasa di Universiti semata-mata agresif menentang Kerajaan ketika itu,
nah, apakah pendirian beliau terhadap perkara ini?
Pensyarah dan golongan bijak pandai hari ini menjadi sasaran oleh Kerajaan PH hanya kerana memberi pendapat yang bertentangan dengan Kerajaan, masih ingatkah apabila Pensyarah di gelar "Kangkung" oleh YB Saifuddin semasa isu "Rome Statute"?
Ini bukan kali pertama Kerajaan PH mengenepikan Pandangan Bijak Pandai!
"Mana Menteri Kewangan"?
Takkala Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan PH tidur lena, PH menghantar ayam sabung Kadir Jasin untuk berhujah!! PH pandai untuk menggunakan "Kaum" untuk berdebat, bukanlah Kadir Jasin ini hebat sangat, tapi, isu ini adalah berkenaan dengan Aset Negara yang dijual kepada Negara China dan Singapore.
Dalam masa Malaysia meningkat hutang kepada RM800 Billion, Menteri Kewangan dan Kroni PH bersuka-suka menjual aset Negara.
Majlis Penasihat Kerajaan juga gagal memulihkan Ekonomi Negara, majlis ini hanya diwujudkan untuk mengenalpasti Aser Negara yang boleh dijual, bukan berperanan untuk memulihkan Aset Negara ditukar kepada membawa keuntungan kepada Rakyat!
Kadir Jasin sepatutnya memberi peluang kepada Majlis Penasihat memainkan peranan menjawab persoalan yang dilemparkan oleh Abdul Muen.
Lontaran Pensyarah ini ada asas dan faktanya, seharusnya menjawab tanpa menggunakan emosi sehingga melibatkan Politik menguasai hujah, kebimbangan Rakyat mengetahui penjualan Aset-aset negara dan juga Warga China menjadi Lembaga Pengarah Khazanah juga ada sebab, dan bukan hanya Pensyarah yang menulis, berita ini disebar oleh akhbar tempatan!
Tidak semua Perkara dalam Ekonomi perlu di jawab dengan modal politik, semasa Era BN, rakyat tidak ada yang mati tak makan.
Jangan selalu penyalahkan kepimpinan yang lepas hanya untuk mengaburi mata rakyat terhadap kegagalan dan kerakusan kroni PH!
Razlan Rafii
5hb July 2019.

No comments:
Post a Comment