Friday, August 05, 2011

Bisik-bisik Awang Selamat — Awang Selamat


August 06, 2011

6 OGOS — MAHU tidak mahu perkembangan di Universiti Selangor (Unisel) memberi kesan kepada integriti dan kredibilitinya sebagai sebuah pusat pengajian tinggi. 

Pergolakan dalam pentadbiran tertinggi Unisel, milik Kerajaan Negeri Selangor, yang dikaitkan dengan elemen politik kepartian sudah tentu akan merencatkan reputasi dalam membangunkan modal insan. 

Unisel seperti juga universiti lain perlu dibenarkan diurus dengan lebih bebas tanpa campur tangan luar serta dibiarkan bergerak ke arah autonomi. 

Keadaan tersebut amat penting untuk memastikan sesebuah universiti selaku institusi ilmu dapat memberi tumpuan secara profesional dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut. 

Atas hakikat itu, Awang tidak hairan apabila Datuk Dr. Rosti Saruwono bertindak melepaskan jawatan Naib Canselor Unisel dengan memberi notis 24 jam. Beliau mempunyai tanggung jawab untuk mempertahankan kredibiliti universiti itu. 

Malah para pelajar Unisel juga berhak menyatakan kegusaran mereka dalam hal tersebut. Langkah mengemukakan lima tuntutan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah manifestasi kebimbangan mereka terhadap kemerosotan mutu Unisel dalam pelbagai bidang. 

Justeru amat wajar apabila mereka menuntut supaya jawatankuasa senat Unisel dirombak bagi memastikan pengurusan tertingginya bebas daripada pengaruh politik. Belum terlewat untuk mengembalikan Unisel pada landasan yang sewajarnya. 

Awang — Simpati. — utusan.com.my


Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, tindakan sebegini dibuat didalam institusi pendidikan, kenapa kita perlu lacurkan semua perkara termasuk pendidikan anag bangsa ... Razlan ... 

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...