Friday, August 05, 2011

Pembangkang Semakin Nyanyuk – Hilang Kawalan Propaganda Mainan Mereka



Kuala Lumpur, 4 Ogos- Pakatan Rapuh semakin hilang dari kawalan propaganda mainan mereka sendiri. Makin banyak mereka bermain, makin banyak tembelang mereka pecah akibat dari seronok mereka penipuan dan tuduhan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, isu terbaru yang mereka mainkan kini adalah memujuk Ku Li untuk menjadi Ketua Pembangkang untuk mengantikan Anwar Ibrahim.

"Pemain Politik tersenyum sahaja apabila melihat PR menyentuh isu ini. Apa taknya, semua tahu yang Ku Li dari dulu sememangnya mahu menjadi Perdana Menteri, beliau pernah bertanding melawan Tun Mahathir, dan juga pernah berlawan menggunakan parti Semangat 46. Tetapi itu semua cerita lama yang sudah menjadi sejarah, semenjak Ku Li masuk kembali ke dalam UMNO, beliau memainkan peranan yang baik dan kritis tetapi tetap bersama kesetiaan bersama UMNO.

Ku Li juga pernah dilaga-lagakan semasa PRK Galas tempoh hari, banyak propaganda jahat pihak pembangkang mainkan untuk melagakan beliau dengan kepimpinan Najib Tun Razak. Hasilnya semua lihat, betapa keras Ku Li bekerja untuk memastikan kemenangan BN di Galas," ujarnya kepada UMNO-Online.

Kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrin Hashim yang menyatakan kebenaran pihak-pihak PAS berjumpa dengan Ku Li telah membuktikan betapa pakatan pembangkang ini terlalu terdesak untuk pecah belahkan BN dari dalam dan ketandusan isu.

"Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sanggup membutakan mata di atas tindakan pemain propaganda pembangkang. Azmin Ali rela dilacurkan demi melihat penipuan ini berjaya. Ku Li bukanlah bodoh seperti yang mereka sangka, tidak semudah itu Ku Li akan menerima perlawaan yang sudah terang amat sukar untuk ditunaikan.

Unit Propaganda pembangkang akan terus memainkan peranan untuk memujuk pemimpin BN dengan menawarkan jawatan-jawatan didalam "kerajaan bayangan" mereka dengan niat mahu memecahkan BN dari dalam," tambahnya.

Kegiatan ini semuanya tidak berjaya kerana para pemimpin BN sudah melihat bagaimana keikhlasan kepimpinan dibawah Dato Seri Nqjib melaksanakan tanggunjawab membela rakyat dan agihan kuasa diantara komponen.

Dan sudah terbukti, ramai pemimpin pembangkang, Ahli Parlimen serta ADUN meninggalkan pakatan rapuh mereka akibat dari pembohongan dan janji yang tidak di tunaikan oleh PR kepada pemimpin mereka sendiri.

"Tetapi perlu diingatkan kepada pemimpin BN, walaupun mereka (pembangkang) belum berjaya memujuk pemimpin BN, pujukkan dan rayuan serta tawaran yang dibuat bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditolak.

Alhamdulillah sehingga hari ini, semua pemimpin BN teguh dan punyai jati diri yang kuat, walaupun ada diantaranya yang mengambil jalan selamat dengan tidak membuat apa-apa kenyataan membalun pakatan pembangkang ini," ujarnya lagi.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...