Friday, May 23, 2008

Aduhai Tun ... Alahai Ezam ... Kenapa kurang sopan Mukhriz

*** Tahniah Saudara Ezam kerana diterima masuk kedalam UMNO, dan Tahniah kerana KEJUJURAN MU ****


Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri telah meninggalkan UMNO secara rasmi. Beliau telah pergi dengan syarat, selagi Pak Lah Menjadi Perdana Menteri, selagi itulah beliau akan duduk sebagai orang luar parti.

Terkejut dengan pemergian ini, ramai dikalangan Pemimpin melemparkan kata-kata yang kurang senang terhadap Tun, dan ini telah dijangka.

Pemergian Tun boleh diibatratkan memberikan kekuatan kepada akar umbi untuk berjuang bagi memperbetulkan UMNO semula.

Aduhai Tun, sekiranya Tun pergi dengan tidak membawa sekali orang-orang UMNO, saya sebagai pemimpin kerdil menyokong dan mengambil ianya sebagai satu kekuatan untuk kami terus berjuang dan memastikan tidak ada kuasa lain yang boleh membeli jiwa kami. Tetapi sekiranya, Pemergian Tun ini membawa sekali ahli-ahli dan sehinggakan boleh melumpuhkan UMNO, saya tidak setuju.

Terbaru, kedenganran pula saudara Ezam ingin menyertai UMNO. Didalam keadaan UMNO yang bercakaran ini, timbul tanda tanya, kenapa Ezam berhasrat untuk menyertai UMNO kembali? Adakah beliau ingin bertanding sebagai Ketua Pemuda, ataupun apakah hasrat yang tersurat itu.

Mengikut Pendaftaran Keahlian UMNO, mereka yang mendaftar sebelum bulan Disember 2007, tidak layak untuk memduduki mesyuarat tahun 2008, tetapi kelulusan keahlian Saudara Ezam boleh diluluskan oleh MT didalam mesyuarat MT.

Sekiranya ini berlaku, MT secara terang-terang telah memberikan endorsment kepada Ezam untuk menyatakan hasrat beliau bagi bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, situasai seperti ini amat tidak sesuai.

Dizaman kita mencari pemimpin Pemuda yang berjiwa kental, adakah Ezam akan radikan seperti dahulu? Apabila beliau telah mendapat kelulusan dari orang tertentu untuk menjadi Ahli UMNO kembali. Sudah tentu terdapat sistem barter didalam kelulusan itu.

Tindakan Mukhriz untuk keluar daripada menjadi Ahli UMNO sekiranya Pak Lah tidak meletakkan jawatan sebelum mesyuarat cawangan bermula, adalah satu tindakan yang tidak sopan. Kita memerlukan Pemimpin Pemuda yang mendesak, tetapi kita tidak memerlukan pemimpin yang kurang ajar.

Tindakkan Mukhriz seolah-olah sudah dirancang, sebelum ini beliau telah menghantar surat kepada Pak Lah, dan salinan telah dihantar kepada Naib-Naib dan Timbalan Presiden. Persoalannya, kenapa perlu dihantar salinan? Ramai yang menghantar surat kepada Pak Lah tetapi tidak perlu salinan kepada sesiapa. Ini bergantung kepada niat, sekiranya ingin menegur Pak Lah, biarlah surat itu ditujukan kepada Pak Lah seorang, kita tidak perlu menunjukkan seolah-olah kita sahaja yang vokal didalam memperjuangankan nasib orang melayu!, sudah ramai yang menyatakan pendirian kepada Pak Lah.

Apakah tindakan Mukhriz selepas ini sekiranya Pak Lah tidak meletak jawatan sebai PM selepas mesyuarat cawangan bermula(17 Julai 2008)? Saya percaya, YB Mukhriz tidak akan melepaskan jawatan sebagai Exco dan keahlian UMNO, kerana beliau juga mengimpikan jawatan Ketua Pemuda Malaysia.

Sudah masanya UMNO memikirkan kepentingan Parti, kekuatan parti tidak terletak kepada individu, kekuatan parti terletak kepada bersatunya orang-orang Melayu dibawah panji UMNO.

Apa yang terjadi sekarang menunjukkan perpecanhan yang dibuat oleh individu-individu yang sanggup menjual parti dan menggunakan parti untuk kepentingan peribadi.

Sekiranya kita berbalik kepada perjuangan orang-orang UMNO sebelum ini, sudah tentu tidak ada kuasa atau jawatan yang penting selain dari menyatukan orang-orang Melayu.

"Kepentingan diri tidak boleh melebihi kepentingan parti" - razlan

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...