Tuesday, April 21, 2009

Kuatkan Pemuda Bandar

21 April 2009 - Suasana Politik hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada generasi muda. Umum tahu generasi muda akan menjadi penentu kepada PRU 13 nanti.

Jesteru itu, Pemuda Bandar seharusnya mengalas amanah ini. Aktiviti dan stretergik untuk memikat hati Pemuda Bandar perlu dibuat dan dilaksanankan dengan penuh agresif.

1. Pemimpin muda bandar hari ini perlu mendekatkan diri dengan generasi muda 17-25 tahun. Generasi muda ini mesti diterapkan dengan semangat jati diri dan sayangkan agama, bangsa dan negara. Keperluan untuk kita menarik minat generasi ini amat lah tinggi. UMNO memerlukan generasi ini untuk kita menjadikan benteng kepada perjuangan orang-orang Melayu.

2. Benteng yang kita wujudkan ini bukan sahaja akan memberikan kekuatan kepada generasi muda di Wlayah Persekutuan, tetapi sekiranya kita dapat membentuk generasi ini dengan mempunyai kualiti dan moral yang baik, seluruh penduduk yang menetap di Wilayah Persekutuan akan dapat merasakan kewujudan UMNO didalam memperjuangkan dan melahirkan generasi yang baik budi pekertinya.

3. Demi untuk mewujudkan imej yang baik, program-program kecil-kecilan seharusnya dilakukan sekerap yang mungkin. Dekati dan bercampurlah dengan anak-anak muda ini walaupun didalam kumpulan yang kecil. Semua Jawatan Kuasa Pemuda mesti mempunyai keinginan mendekatkan diri dengan adik-adik ini. Perbanyakkan aktiviti berkumpul dan berborak, sambil-sambil kita berkongsi pengalaman hidup dan perjuangan orang-orang Melayu, nasihati adik-adik ini kemana arah dan hala tuju mereka selepas belajar, kembangkan akal mereka untuk menceburi dunia perniagaan dan pekerjaan.

4. Objektif untuk kita medekatkan diri dan mendidik adik-adik ini untuk ke arah Memasyarakatkan Pemuda mesti dilakukan dengan penuh didikasi dan konsisten. Perkara ini bukannya mudah dan bukan mustahil. Inilah tanggunjawab kita sebagai Pemimpin era ini, Pemimpin era yang lepas telah menghadianhkan kita satu beban yang amat berat, tetapi itu sudah menjadi tanggunjawab kita kerana kita sudah dipilih dan dimartabatkan sebagai pemimpin pada era ini.

5. Sekiranya seramai 500 orang anak-anak muda dapat kita kumpulkan pada akhir tahun ini, dan kita teruskan aktiviti-aktiviti merapatkan diri kepada mereka, tahun seterusnya boleh lah kita membawa mereka ini untuk dekat dengan masyaraka. Dengan keyakinan dan sokongan adik-adik ini, UMNO akan kembali kuat dan Masyarakat akan menaruh harapan pula kepada kita untuk menjadi kemudi kepada anak-anak mereka.

6. Dengan kekuatan yang ada ini, imej yang baik akan diwujudkan, kepercayaan daripada Penduduk Bandar akan kita perolehi, ini bukan sahaja akan mempengaruhi pengundi di Wilayah tetapi mereka yang duduk dibandar tetapi mengundi di kampung akan membawa kabar berita yang indah-indah dan baik-baik.

7. Cetusan ini mesti digalas oleh semua lapisan Pemimpin Pemuda, baik NGO dan juga ahli Politik yang sayangkan Agama, Melayu dan Negara. Ini juga merupakan tanggunjawab kepada semua lapisan masyarakat untuk memelihara Kuasa Orang Melayu.

8. Jangan kita memikirkan perit getir dan penat lelah untuk kita bersama adik-adik ini, kita hari ini bukannya dizaman kita kuat, hari ini Melayu berada di tahap yang amat lemah, oleh itu, kesedaran dan keinsafan oleh semua lapisan pemimpin seharusnya di tahap yang amat tinggi. Seharusnya kita tidak lagi bercakap retorik dan tidak lagi bercakaran diantara kita.

JAWATAN BUKAN UNTUK KEMEGAHAN TETAPI IANYA SATU TANGGUNGJAWAB.


Pertandingan Kopa Salak 7 Sebelah Taman Salak Jaya 2009, merebut piala Ketua Pemuda Taman Salak Jaya.

5 comments:

Apache said...

betul dan tepat sekali..tapi pemuda dikampung jangan dilupakan...

bila nak ajak ngeteh bro..lama tak nyembang nih

Unknown said...

salam...

bro, wa nak lu mulakan di bhgn seputeh dlu!!! skarg nie zaman byk ckp x perlu lg...

yg penting tindakn kita!!! jgn tgu sape yg nk jd ketua pemuda wp lah, pegawai2 pemuda wp la....

Razlan said...

atukranggi ...

hari minggu ni kami akan merkumpul di sungai congkak .. ada laa adik2 50 orang .. akan join ..

kalau senang mai la sekali ..

Razlan said...

Bro Apache .....

insyallah bro .. thanks for comment ..

call laa bila ada kl .. insyallah kalau tak ada apa2 kita boleh jumpa ..

piut panglima kasim said...

salam en razlan,

mintak tlg tengok2kan Ketua Bahagian. Senyap jer ni...jgn lupa
apa yg dia kata masa dapat undi dulu. macam2 nak buat tapi tak sampai berapa bulan dah sunyi sepi.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...