Monday, August 24, 2009

Selamat Berpuasa.

Sudah lama rasanya tidak menulis, ini semua akibat dari kesibukkan menulis didalam Facebook. Applikasi Social Network ini dikatakan akan menengelamkan peranan sedikit sebanyak laman blog. Apapun Blog lebih sesuai dibaca dan kekal manakala facebook pula berinterasi secara terus.

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di Malaysia dan juga di merata dunia, semoga Agama kita akan lebih di angkat martabatnya di setiap mata dan hati manusia di dunia.

Setiap umat islam mempunyai peranan dan tanggunjawab menjaga kesucian agama, segala tindak tanduk dan kata-kata dikeluarkan merupakan imeg kepada agama islam, lebih-lebih lagi kepada mereka yang digelar pak imam, tok guru, ulama dan lain-lain.

Jesteru itu, marilah kita berdoa agar semua yang diberi amanah dan diberikan kepercayaan untuk menjaga kesucian agama kita benar-benar menggunakan kebijaksanaan mereka tanpa dipengaruh oleh niat kepentingan kumpulan atau peribadi mereka.

Selamat Berpuasa dan semoga semua ibadah diberikan ganjaran yang setimpal. Insyallah

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...