Tuesday, October 27, 2009

Pemuda Masuk Sekolah

Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah memulakan langkah awal memberi penerangan kepada Murid-murid sekolah menengah berkenaan dengan gagasan 1 Malaysia dan peluang-peluang pendidikan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan.

Didalam Majlis Penyerahan sumbangan alatan tulis kepada pelajar SPM Sekolah Menengah Sri Sentosa, Razlan memberi penerangan kepada murid-murid untuk memahami gagasan 1 Malaysia. Gagasan ini sudah semestinya akan merapakkan lagi hubungan diantara kita dan ini menunjukkan Kerajaan BN mengutamakan keamanan, kesejahteraan demi rakyat 1 Malaysia.Beliau juga menekankan faedah yang disediakan oleh kerajaan baru-baru ini kepada pelajar SPM selepas habis sahaja zaman sekolah. Supaya mereka melanjutkan pelajara ke tahap yang lebih tinggi dan seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berilmu dan cemerlang didalam pendidikan.

"Kamu semua harus mengambil peluang untuk merebut peluang untuk menjadi diantara 30 orang murid yang terhebat di Malaysia, ini akan memastikan kamu layak untuk melanjutkan pelajaran di Universiti terkemuka di Dunia dengan Biasiswa disediakan oleh karajaan", Kata Razlan.
"Kepada murid-murid yang kurang berjaya mendapat tempat di IPTA dan membuat pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran, belajarlah pandai-pandai agar mendapat Ijazah Kelas Pertama dan ini akan memastikan kamu tidak perlu membayar balik pinjaman dan ianya akan meringankan beban anda dan keluarga" Kata, Razlan.

"Pihak Kerajaan juga akan memberikan insentif kepada guru besar dan sekolah sekiranya anda semua belajar pandai-pandai dan mendapat keputusan cemerlang", Kata Razlan

Lawatan sambil memberi sumbangan peralatan tulis kepada murid-murid sekolah yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada 17 Nov 2009 ini bertujuan untuk memberikan semangat moral kepada para pelajar untuk lebih yakin didalam menjawab soalan.

Seramai 447 murid akan menduduki peperiksaan SRM dan lawatan ini juga merupakan susulan daripada program Jati Diri yang dianjurkan oleh Pemuda Seputeh pada awal tahun khas untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaaan SPM.

No comments:

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...